Wednesday, October 8, 2008

RAMADHAN DAN SYAWAL BERLALU PERGI

Assalamualaikum

Kesedihan meninggalkan Ramadhan sambil Syawal yang masih diraikan menuntut kita untuk sentiasa berusaha mengikat dan mengukuhkan tali silaturrahim antara kita. Atas landasan dakwah ini soal dengan siapa kita harus raikan kesyahduan syawal ini tidak timbul. Selaku seorang daei, sama ada kita menganjurkan rumah terbuka atas kapasiti individu atau jemaah, ukwhuwwah fillah perlulah diutamakan. Sementelahan pula jika kita berkunjung ke rumah sahabat handai atau keluarga jauh atau dekat nilai2 akhlak dan perilaku seorang daei perlulah dijaga dan diraikan.

Di persekitaran kita, tarikh 16 September yang diwar-warkan sebagai tarikh penukaran kerajaan telah berlalu pergi. Harapan mungkin tinggal harapan atau mungkin ada strategi di sebalik penangguhan oleh pihak mewar-warkan itu. Namun jangan sekali-kali kita tinggalkan matlamat dakwah kita ini sama ada siapa yang memerintah atau siapa yang diperintah. Dakwah wajib berjalan terus sama ada kita mahu atau tidak. Di pundak kita telah diletakkan satu tanggungjawab yang amat besar sama ada kita sedar atau tidak.

Mengulas juga cabaran menjelang tarikh akhir pendaftaran pertubuhan belia akhir tahun ini, ramai yang sudah maklum ABIM besar kemungkinan akan berdaftar di bawah Pendaftar Belia (ROY). Tapi kemungkinan besar itu juga mungkin akan berlaku sebaliknya sekiranya perbincangan demi perbincangan yang sedang diatur mengambilkira suasana persekitaran semasa dan gerak langkah yang sesuai untuk ABIM yang mungkin lebih sesuai jika berada di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS). Insya-Allah sebarang keputusan yang bakal dibuat akan mengambilkira pelbagai perkara yang berada di sekitar kita.

Kita sambung lagi perbincangan ini dan jika anda ingin memberikan komen, silakan.

Zaihan Mahamud YDP AWP