Wednesday, December 16, 2009

APABILA NAFSU MENGUASAI DIRI

Maafkan jika sesiapa tersinggung bila saya bercakap tentang hal seorang ahli sukan ini. Saya tahu ramai peminat bagi seorang makhluk Allah ini di seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga di Malaysia. Ramai peminatnya, berduyun-duyun. Pernah sekali beliau bertandang ke negara kita. Sesak nafas dibuat bagi mereka yang tak lepas peluang menonton aksinya. Bukan sedikit duit dihabiskan sekadar untuk melihat kelibatnya. Duit dari poket peminatlah, penontonlah malah penganjur lebih lagi. Yuran kemunculannya sahaja kadang2 mencecah berjuta Dolar. Itu baru muncul belum menang lagi. Bila dah menang masuklah pula berjuta-juta dolar.
Beliau diiktiraf selaku ahli sukan pertama yang mencecah pendapatan Laksawan (Billionaire). Ini termasuklah penajaan daripada syarikat gergasi dunia yang mempromosi barangan serta perkhidmatan mereka dengan meletakkan beliau selaku jurucakap, model dan sebagainya. Banyak sunguh syarikat antaranya Nike (Pengeluar Barangan sukan), Gatorade (minuman), Gillette (selalu kita lihat iklannya bersama Roger Federer dan Thierry Henry), Accenture (Perunding dan Kewangan), Tag Heuer (Jam terkemuka) dan pelbagai lagi jenama. Mereka menggambarkan kehebatan barangan dan perkhidmatan mereka setaraf dengan lagenda sukan ini. Malah kerajaan negara beliau merancang baru-baru ini untuk memberikan beliau pingat kebesaran tertinggi bagi orang awam bagi menghargai dan mengiktiraf peranan yang dimainkan beliau di seluruh dunia.
Tetapi tidak semena-mena, seluruh dunia gempar. Mulanya hanya sekadar kemalangan kecil berlaku. Tapi rupanya terdapat kisah yang sangat besar di sebaliknya. Terdapat skandal seks yang membarah menunggu untuk pecah dan pekungnya kini terhidu seluruh dunia. Ya.. itu lah dia jagoan dunia TIGER WOODS. Siapa sangka, beliau yang dua minggu sebelum itu dalam satu temuramah TV bercerita tentang nilai dan kasih sayang sebuah keluarga rupanya mempunyai perempuan simpanan. Eh silap...perempuan-perempuan simpanan. Setakat ini yang diketahui seramai 14 orang perempuan yang mengakui telah bersama dengannya sama ada secara sekali lalu atau sebagai kekasih gelapnya.
Inilah padahnya...bila nafsu menguasai diri. Nilai dan moral ditolak ke tepi. Beliau kini terpaksa mengundur diri daripada sukan golf dalam jangka waktu yang tidak diketahui. Ada penaja yang mula mengundurkan diri. Rakan hilang ke mana lalu menyendiri... Itulah sebabnya dalam Islam, soal moral, akhlak, adab dan ketaatan kepada ALLAH menjadi nilaian utama kita. Moga kita dijauhkan daripada sifat keji ini.
Wallahua'lam.

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha Buat Semua,,,,,MAZA lagi

Terkejut juga dibuatnya apabila terdapat segelintir penonton dan panelis juga yang tertawa seperti memperlekeh wibawa imam-imam besar seperti Imam Syafie dalam rakaman Al Kuliyyah yang dirakam pada minggu lepas. Sungguh tak beradab mereka ini. Seolah-olah mereka menyamakan diri mereka setaraf malah lebih tinggi taraf daripada Imam-Imam besar ini.

Menilai suasana penolakan terhadap ahli sunnah wal jamaah oleh pengikut MAZA ini sambil tahu serba sedikit pengaruh kuasa di belakang beliau, saya sebenarnya tidak terkejut kalau rakaman yang sepatutnya disiarkan dalam slot Al-Kuliyyah ini akan dibatalkan. Malah, jika sekalipun ditayangkan akan disunting habis-habisan oleh tangan-tangan yang hipokrit ini. Sudahlah sepatutnya disiarkan secara langsung, saat- saat akhir ditiadakan terus.
Kerana apa? Kerana mereka yang menyokong MAZA ini sedar yang dari segi hujah, adab dan kupasan perbincangan pihak mereka kucar-kacir dan tidak mengikut dasar2 ilmu dan perbincangan ilmiah yang sepatutnya. Mereka pasti akan gah mengatakan kononnya merkalah yang benar dan akan menjadi mujtahid dan mujaddid baru buat semua ulat Islam. Nak buat apa lagi selepas ini? Hmmmm....diskusi dan ilmu perbincangan perlu dimakmurkan. Fahamkan lebih lagi tentang kefahaman Ahlussunnah Wal Jamaah.
Sambil itu.....Kita tunggu siarannya.....kalau ada.

Monday, November 2, 2009

Penangkapan Dr MAZA

Akibat episod penangkapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini, saya amat terkejut dan kesal. Saya yakin sebenarnya ia boleh ditangani dengan lebih berhemah. Beliau seorang bekas Mufti dan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Sungguhpun jika sekiranya beliau tidak mempunyai tauliah untuk mengajar di negeri Selangor, kita difahamkan yang beliau memberi ceramah di sebuah rumah persendirian. Adakah JAIS dan pihak polis boleh atau berhak melakukan tangkapan tersebut.
Saya juga difahamkan terdapat 10 buah kereta polis yang mengiringi petugas JAIS ketika itu. Untuk apa? Provokasi sebegitu memburukkan lagi suasana. Jika benar ia adalah aduan daripada jiran-jiran kerana kesesakan dan tiada permit, bukankah polis sepatutnya bertindak menyuraikan majlis sahaja. Lebih malang lagi, selepas diminta Dr Maza untuk hadir di Mahkamah Syariah Gombak keesokan paginya, JAIS gagal mengemukakan pertuduhan segera terhadap Dr Maza setelah kekecohan akibat penangkapan malam sebelumnya.
Timbul persoalan. Bukankah JAIS di bawah kuasa kerajaan negeri yang sekarang diterajui Pakatan Rakyat? Jadi sepatutnya pendekatan yang lebih berhati-hati perlu dilakukan. Siapakah yang memberi arahan? Adakah tangan-tangan ghaib yang mencampuri urusan JAIS ini? Banyak sungguh khabar angin dan cerita-cerita di sebaliknya. Timbul pula kisah YADIM di sebaliknya. Akibat penolakan Dr MAZA menjadi YDPnya dan isu audit akaun YADIM. Macam2 hal pulak.
Justeru itu, saya nasihatkan mana2 pihak yang telah menimbulkan kekalutan ini, terutamanya pihak JAIS mengambil langkah yang sewajarnya untuk menjernihkan suasana. Sudahlah umat Islam di negara kita ini sudah berpecah belah akibat pahaman politik masing2, tindakan sebegini ini boleh memburukkan lagi suasana yang sudah sememangnya buruk. Segeralah bertindak...
Zaihan Mahamud
YDP Abim WP

Wednesday, October 21, 2009

Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh

Berita Gempar!!!!!!

Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh

Sumber dari Harakahdaily
Wed Oct 21, 09 11:46:13 am MYT
SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.


Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa. Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.
Dr Pornthip (gambar) memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr Death mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik.
Beliau mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia dalam bidang ini. Beliau yang memeriksa beribu-ribu mayat mangsa tsunami yang melanda Thailand sebelum ini yakin, semangat mereka yang mati itu melindungi dalam menjalankan kerja-kerjanya sebagai pakar pathologi.
Sebagai bekas pesakit kanser yang berjaya melawan penyakit maut itu, Dr Pornthip yang juga pakar DNA, sedang berusaha untuk meningkatkan sains forensik di negaranya.
-Tamat
Zaihan - Apa dah jadi ni agaknya? Kalau benarlah kenyataan daripada pakar ini, maka adakah kita kini juga terpaksa berharap dengan pakar dari luar negara untuk kes-kes forensik seperti ini???

Monday, October 19, 2009

MACAM - MACAM BHGN 1

Minta maaf lama tak mengetuk papan kekunci dalam blog ni. Bukan apa, selain sibuk dengan jamuan raya di sini sana, sibuk juga sebenarnya menyiapkan assignment pelajaran yang tertunggak dek kesyahduan Ramadhan dan kemeriahan Aidilfitri. Buat teman2 minta maaf sebab tak dapat mengadakan rumah terbuka tahun ini. Namun jika ada kelapangan jemputlah...rumah kami sentiasa terbuka buat kalian.
Hmmmm......Banyak juga perkara nak dikomen ni.....

ISU Kartika

Tak semena-mena puluhan laporan ke pejabat Majlis Agama Negri-negeri, dan laporan polis dibuat terhadap SIS dan JAG oleh ABIM. Tidak ketinggalan juga ABIM Wilayah juga telah membuat laporan kepada JAWI berkenaan hal ini. Ini gara-gara keceluparan dan kebiadapan oeh dua pertubuhan ini yang semacam untuk menunjuk hero kononnya membela Kartika tetapi pada masa yang sama, sama ada tanpa disedari ataupun tidak telah secara jelas menghina agama Islam itu sendiri. Kita harap Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan pihak polis dapat sesegera mungkin mengambil tindakan ke atas mereka ini.
Isa dan ISA
Kalau ISA yang huruf besar tak tahulah saya bila akan dimansuhkan. Nak dipinda pun tak tahu hujung pangkal lagi. Tapi yang pasti Isa yang satu lagi terus diminati. Majorit tinggi, macam tak percaya pun ada. Macam-macam analisis. Ada yang kata faktor Isa semata-mata. Ada yang kata UMNO telah diminati semula. Ada yang kata Undi Pos tak telus. Faktor Isa memanglah tak boleh disangkal. Hampir 22 tahun beliau telah mencurah bakti sebagai MB di kampung halamannya sendiri. Mungkin hampir semua penduduk Bagan Pinang pasti telah terkena tempias jasa dan khidmat yang beliau berikan sewaktu beliau menjadi MB dahulu. Mereka cuma membalas budinya.
Tapi TUN Mahathir kata kena tengok juga. Jangan disebabkan hanya sebab popular saja, kes-kes perilaku dan rasuah tidak diambilkira dalam pemilihan calon. Jangan hanya sebab nak menang pilihanraya kecil, pilihanraya umum tak diambilkira. Mungkin dalam kes Isa, beliau boleh menang. Macam mana di tempat lain? Kalau rasanya boleh jawabnya bekas-bekas YB, MB dan yg agak2 dah berkira nak pencen tu bolehlah pasang angan2 nak sambung atau nak bertanding semula. Kot-kotlah mungkin pengundi nak kenang jasa yang sudah2.
Bersambung....................

Wednesday, September 30, 2009

H1N1 DAN OPS SIKAP

Kes H1N1 memang menggemparkan. Malaysia walaupun agak lewat menerima tempiasnya (saya rasa ia hanya bermula dalam bulan 5) mencatatkan kes kematian yang agak tinggi berbanding negara2 lain. Setakat berita ini ditulis terdapat 77 kematian. Ramai yang telah mula sedar dengan kepentingan menjaga kesihatan dan kuarantin diri jika terkena penyakit ini. Alhamdulillah diucapkan.


Tapi lain pula dengan kes Ops Sikap. Tahun ini sudah edisi ke 20 ia dijalankan. Setelah hampir 14 hari dijalankan jumlah kematian dicatatkan ialah sebanyak 261 kematian dengan purata 18 kematian sehari. Nampaknya secara nisbah kematian akibat jalanraya jauh lebih tinggi berbanding H1N1. Adakah kita tak sedar tentang ini? Mungkin ada yang sedar, tapi adakah rakyat kita sudah insaf.
Selalu juga saya berkelana jauh sewaktu musim perayaan sebegini. Tahun ini saya balik beraya ke Perlis dari Kajang. Setelah 3 hari di Perlis saya ke Besut, Terenggganu. Jauh bukan? Alhamdulillah selamat sampai semula balik dari berhari raya. Apa yang saya ingin luahkan ialah sikap kebanyakan rakyat kita yang terkenal dengan lemah lembut, berbudi bahasa tinggi dan sebagainya boleh bertukar sekelip mata di belakang stereng dan hendal kenderaan.
Di sepanjang lebuhraya, mereka yang menunggang dan memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit, motor dan kenderaan berat di lorong laju, menukar lorong sesuka hati dan sebagainya adalah fenomema yang biasa kita lihat. Letaklah polis di sepanjang jalan hatta menurut Ketua Polis Negara "Dihukum bunuh" sekalipun mereka ini akan tetap melanggar undang2.
Di jalan yang lebih kecil malah lebih menakutkan. Di Perlis sekali, di jalan Gerik sekali juga, di Terengganu sekali lagi saat mendebarkan ketika saya terpaksa hampir memberhentikan kereta di tepi jalan kerana memberi laluan kenderaan dari arah bertentangan yang tak sabar2 memotong kenderaan lain tanpa mengira jalan kita yang sedang dirampasnya. Malah di Lebuhraya Timur Barat berhampiran Jeli pada hari raya kedua sekitar jam 8 malam saya menyaksikan sebuah kemalangan dahsyat melibatkan 3 buah kereta baru sahaja berlaku. Salah satunya remuk sepenuhnya. Cedera parah penumpang. Sempat isteri saya menelefon 999. Duah buah kereta polis dan dua buah ambulan sampai tak lama kemudian. Saya cuma dapat berdoa agar mereka dapat diselamatkan.
Sampai bila lagikah kita akan sentiasa mengira statistik kematian setiap kali musim perayaan yang panjang berlaku? Tidakkah kita sedar berapa jumlah kerugian harta benda, sumber manusia, potensi guna tenaga negara yang hilang begitu sahaja. Lakukan sesuatu segera. Saya masih ingat lagi lawatan saya ke negara Finland hampir 10 tahun lepas. Negara yang melahirkan ramai pelumba F1. Kami boleh sahaja melintas jalan sesuka hati di bandaraya Helsinki. Kereta akan berhenti apabila nampak sahaja orang akan melintas. Adakah salah untuk saya mengimpikan keadaan sebegitu...di negara Malaysia ini?

Wednesday, September 16, 2009


Assalamualaikum,


Semoga Ramadhan yang berlalu pergi dipenuhi Limpahan RahmahNYA
Semoga Ibadah yang ditekuni diterima penuh pahala amalannya
Semoga Puasa yang dijalani mengajar erti penuh keinsafan
Semoga Zakat yang dilunas menjadi pembantu mengadap Ilahi
Semoga Al Quran yang dikhatam dapat lebih difahami
Akhirnya, semoga Tarbiyah Ramadhan ini menjadi penyuluh dan menyuci jiwa.




Semoga Syawal yang tiba disambut penuh kesyukuran
Semoga Tasbih dan Tahmid sentiasa diucap penuh girang
Semoga ia menjadi tanda kemenangan para pejuang
Semoga disambut dengan sederhana tanpa pembaziran
Semoga diikuti pula dengan Syawal yang enam
Akhirnya Semoga dilanjutkan usia ditemukan lagi dengan Ramadhan akan datang, Amin.

Selamat Menyambut Eid Mubarak.
Minnal Aidil Wal Faidzin.

Zaihan Mahamud

Monday, August 31, 2009

Isu Bantahan Pembinaan Kuil Sek. 23, Shah Alam: ABIM Nasihatkan Masyarakat Islam Supaya Berhemah Dalam Berbantah & Jaga Keharmonian Agama Di Malaysia


Siaran Media ABIM


29 Ogos 2009 : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menasihatkan masyarakat Islam di negara ini supaya berhemah dalam menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam apa juga persoalan, terutama yang membabitkan isu-isu agama. Ini bagi memastikan supaya segala tindak-tanduk di dalam berbantah tidak menyumbang kepada terpudarnya imej agama Islam yang amat menekankan rukun hidup yang aman dan harmoni di antara masyarakat berbilang kaum dan agama.


Di dalam hubungan ini, sebarang tindakan yang boleh ditanggap dan ditafsirkan sebagai menghina simbol-simbol kesucian agama lain hendaklah dijauhi. Ini kerana, ia boleh mengundang reaksi yang buruk terhadap keharmonian beragama dan menajamkan lagi sikap prejudis di antara penganut agama. Prinsip akhlak dan adab Islam di dalam menangani pertikaian berkaitan persoalan melibatkan agama hendaklah dihayati oleh masyarakat Islam di negara ini. Ini sejajar dengan Firman Allah di dalam surah al-An’am, ayat 108 yang bermaksud:“Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas kerana tiada pengentahuan (mengenai Allah). Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia memberitahu mereka kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”.


Sehubungan dengan itu, ABIM amat sedih dan memandang berat tindakan Jawatankuasa Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 yang membawa kepala lembu yang telah disembelih semasa majlis bantahan. Ini kerana, tindakan ini boleh ditanggap dan disalahtafsir oleh penganut agama Hindu sebagai satu tindakan menghina agama mereka oleh masyarakat Islam. Umat Islam juga dinasihatkan supaya merujuk ahli agama yang arif di dalam membuat apa juga bentuk tindakan yang secara langsung membabitkan agama lain. Ini bagi memastikan kesucian agama Islam dan kehormatan Ummah sentiasa terpelihara.


ABIM turut menggesa agar umat Islam di Shah Alam dan Kerajaan Negeri Selangor untuk percepatkan perbincangan berhubung dengan isu ini supaya ia tidak berlarutan dan boleh mengundang salah faham yang berterusan. Amalan dan budaya dialog hendaklah diamalkan sehingga ke tahap tertinggi di dalam menangani isu ini. ABIM percaya dan yakin masih terdapat ruang untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam suasana yang lebih kondusif dan bukannya dalam situasi tegang yang dikhuatiri mencetuskan perbalahan antara kaum dan agama. Inilah perkara terakhir yang kita perlukan buat masa ini.


Dalam konteks ini, ABIM menggesa Kerajaan Negeri Selangor dan pihak berwajib agar mempertimbangkan secara serius tuntutan penduduk setempat Seksyen 23 dengan mengkaji semula cadangan untuk menempatkan kuil di situ. Hakikat bahawa kawasan tersebut dihuni oleh majoriti penduduk beragama Islam dan ia telah mencarik sensitiviti mereka tidak harus dipandang ringan oleh pihak berwajib.

MUHAMAD RAZAK IDRIS
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Wednesday, August 26, 2009

Isu Kartika: Kekeliruan masyarakat punca polemik, kata ABIM

PETALING JAYA: Keputusan hukuman sebatan yang dikenakan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Soekarno yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang telah ditangguhkan pelaksanaannya, telah mengundang pelbagai pendapat berhubung isu tersebut.

Menurut Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Siddiq, perkara tersebut tercetus kerana masyarakat masih tidak faham dengan pelaksanaan undang-undang sebatan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. "Tidak kurang juga yang gerun lalu menentangnya kerana momokan hukuman sebatan ini sangat kejam kerana membawa kepada kecederaan kekal, mengaitkannya dengan gambaran negatif pelaksanaan sebatan di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Prosedur Jenayah 1998.

"ABIM ingin mengingatkan bahawa hukuman sebatan ini telah diperuntukkan di bawah kuasa negeri, di mana Raja adalah bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama termasuk dalam hal pelaksanaan undang-undang syariah yang diperuntukkan di bawah enakmen ataupun akta di sesebuah negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, di Malaysia, khususnya di bawah peruntukan undang-undang jenayah Islam negeri, pelaksanaan bagi hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah telah diperkenalkan dan dilaksanakan. Namun demikian, sehingga kini hanya negeri Kelantan dan Pahang sahaja yang telah melaksanakan hukuman sebatan ini.
Kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.

Kartika, 32, sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor semalam dari Ipoh, Perak bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saatsaat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini.

Kartika didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Fadhlina berkata, mahkamah hanya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut peruntukan perlembagaan walaupun kuasa yang diberikan sangat terhad.

"Selain peruntukan berkaitan pelaksanaan hukuman sebatan di Mahkamah Syariah, terdapat juga peruntukan lain berkitan kaedah dan pelaksanaan hukuman sebat yang merangkumi alat yang digunakan untuk sebatan dan tatacara pelaksanaannya.

"Malah, kaedah dan pelaksaaan sebatan ini sangat berbeza dengan pelaksanaan di Mahkamah Sivil sepertimana yang diperincikan di bawah Seksyen 125 dan 126 Enakmen Tatacara Syariah 2002 Negeri Pahang," katanya.

Justeru, beliau berkata ABIM menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman sebatan dan denda terhadap Kartika serta menghentikan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Mahkamah Syariah kerana dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"ABIM juga ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam berada di bawah kuasa negeri. Apabila Mahkamah Syariah telah memutuskan hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang negeri, yang juga berada di bawah kuasa raja di sesebuah negeri. "Maka kerajaan persekutuan tidak boleh mencampuri urusan tersebut kerana ia adalah kuasa eksklusif negeri yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Tegasnya, hanya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sahaja (dalam kes Mahkamah Syariah) yang boleh mengeluarkan perintah penggantungan tersebut di atas alasan rayuan yang dikemukakan atau apa-apa alasan lain yang munasabah di sisi hukum syarak. "Justeru ABIM melahirkan kekecewaannya terhadap campur tangan Peguam Negara yang dilihat bertindak atas desakan pelbagai pihak termasuk tekanan daripada luar negara.

"Yang jelas, Kartika Sari telah mengakui kesilapannya, beliau juga telah membuat pengakuan (iqrar) yang cukup kuat dan merupakan bukti yang kukuh bagi pensabitan kes di bawah undang-undang keterangan Islam, malah telah diberikan ruang untuk merayu dalam tempoh tertentu. Beliau memilih untuk menjalani hukuman tersebut dan pilihan tersebut harus dihormati,"katanya.

Katanya, prinsip Kartika Sari dan keluarganya yang nyata sangat menghormati undang-undang dan menjunjung tinggi perintah Mahkamah Syariah wajar dipuji dan dihormati. "Isu ini tidak perlu dipolemikkan dan dikelirukan. Malah sewajarnya semua pihak dianjurkan menghormati keputusan mahkamah dan pendirian Kartika Sari dan keluarganya dalam mempertahankan undang-undang Islam di Malaysia.

"ABIM menyeru agar hukuman ke atas Kartika Sari ini dijadikan iktibar dan pengajaran kepada umat Islam yang masih mengkonsumsi arak dan menghentikan segera amalan buruk tersebut,"katanya.

sumber daripada mStar Online.

Friday, August 21, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM,


  • Ramadhan datang lagi. Menginjak Ramadhan yang baru, pasti mengimbau kenangan Ramadhan yang lalu. Yang paling jelas kita rasakan ialah insan yang pergi meninggalkan kita. Mereka pergi tanpa sempat merasai kembali nikmat Ramadhan. Bagi saya pemergian tiga tahun berturut-turut amat dirasai apabila Paklang, kemudiannya Abah tersayang, dan tahun ini Kakak pula meninggalkan kesan yang bukan sedikit. Allah lebih menyanyangi mereka. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh.
  • Ramadhan datang lagi. Amatlah malang jika kita yang masih dipanjangkan umur dan dikurniakan kesempatan oleh Allah tidak cuba untuk meraih rahmat dan keampunan daripada Allah dalam kesempatan Ramadhan ini. Jika kita mahu, sepenuh jadual Ramadhan ini kita ikuti, maka ia akan menjadi medan tarbiyah yang terbaik buat kita sebagai hamba dan insan yang lemah ini.\
  • Ramadhan datang lagi. Tarbiyah Ramadhan mengajak kita untuk menghisab, menelusuri, menginsafi erti hidup kita. Masih ingatkah kita kenapa kita dijadikan? Masih setiakah jiwa kita untuk bersaksi yang kita ini dipilih oleh Rabbul Jalil sebagai Khalifah di muka bumi ini. Masih ingatkah peranan kita yang mahu sedaya upaya menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Tarbiyah ramadhan adalah pemugar semangat fisabilillah ini.
  • Ramadhan datang lagi. Allah telah aturkan dengan bijaksana. Bukan sahaja dengan merehatkan tubuh badan kita dari segala macam nikmat makanan dan minuman yang melampau, meningkatkan kekuatan fizikal dan penumpuan kita, secara dasarnya kita diperingatkan dengan menguatkan roh dan jiwa untuk mendepani cabaran di dunia ini moga berjaya kemudiannya mendapat maghfirah Allah di akhirat kelak.
  • Ramadhan datang lagi. Sungguh bertuah kita. Allah telah menjanjikan segala macam pahala berlipat kali ganda. Diturunkan mukjizat Al Quran di dalamnya untuk kita baca dan hayatinya. Setiap ibadah kita digandakan sekian banyaknya. Tidak cukup dengan itu dikurniakan pula Malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam yang semua makhluk sujud mengharapkan redha Ilahi. Alangkah baiknya kalau malam itu kepunyaan kita.
  • Ramadhan datang lagi. Doaku moga Ramadhan ini akan lebih baik dari yang sebelumnya. Moga amal ini menjadi amalan yang dibawa ke akhirat kelak. Moga Allah mempertemukan lagi Ramadhan buat kita. Tapi jika tidak..jadikan amalan Ramadhan ini amalan terbaik yang boleh kita bawa. Selamat beribadah dan menghayati semangat Ramadhan.

Wednesday, August 19, 2009

257 kes baru H1N1

19/08/2009 3:23pm

KUALA LUMPUR 19 Ogos — Seramai 257 pesakit disahkan positif Influenza A (H1N1) dan tiada kematian akibat jangktan wabak itu dilapor hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Beliau berkata daripada 257 kes baru itu, 36 kes di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 21 kes mempunyai faktor risiko seperti diabetes, penyakit kronik, asma, hamil dan bersalin, obesiti, kanak-kanak istimewa dan bayi.


“Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan Influenza A (H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan wabak ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Dr Mohd Ismail turut meminta mereka yang mempunyai simptom penyakit itu supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak mengunjungi tempat awam seperti pusat membeli belah dan mengelak daripada menaiki kenderaan awam.


“Mereka yang mempunyai simptom influenza walaupun ringan, masih boleh disebar kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu, sesiapa yang ada simptom ini mesti berada di rumah, jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tidak bersimptom lagi,” katanya. Orang ramai juga dinasihat sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan langkah-langkah pencegahan dengan melayari laman web khas H1N1 di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300.

- BERNAMA
*** Banyaknya jangkitan satu dalam masa satu hari. Nampaknya budaya mementingkan diri sendiri masih menular dalam masyarakat kita. Jika kita mempunyai simptom ini, kuarantinkan diri sendiri. Ini bagi mengelakkan jangkitan terhadap masyarakat di sekeliling kita.

Wednesday, August 12, 2009

H1N1 - SATU PANDANGAN

Assalamualaikum,
  • Masih saya ingat sewaktu bulan mei akhbar menyiarkan tentang jangkitan virus H1N1 ini di muka hadapan. Waktu itu penularan hanya membabitkan kes import dan tiada langsung kes tempatan. Tetapi setakat pandangan ini saya tulis, telah ada 44 kematian di negara kita akibat virus ini. Rakyat kebanyakan mulai cemas malah ada yang mula panik. Salah siapa? Tidak guna menuding jari. Salah kita semua.
  • Saya berpendapat rakyat kita ini mengambil mudah tentang virus ini. Dalam sains virus amat kompleks sifatnya. Ia boleh bermutasi dengan cepat. Ia boleh saja menjadi H1N2 atau H2N1 atau lain2. Dengan iklim persekitaran kita yang panas lembap ini, penularan H1N1 boleh berlaku dengan mudah. Cuma dengan sentuhan tangan, batuk dan bersin ia boleh merebak. Di pihak kita, mungkin sebab kita memandang remeh atas setiap simptom yang berlaku menyebabkan ada yang menyalahanggap ia sebagai hanya demam biasa.
  • Di peringkat doktor perubatan pula apa yang kita harapkan ialah supaya pengesanan penyakit ini dapat dibuat secepat mungkin. Dalam sesetengah kes kematian yang kita lihat, pesakit telahpun pergi menemui doktor berulang kali dalam jangka waktu yang lama dan telah diberikan beberapa jenis ubat, tetapi akhirnya gagal dan pesakit menemui ajalnya. Bagi pesakit diabetes, kencing manis, darah tinggi, asma atau yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi, pastikan tahap penyakit anda dipantau dengan sempurna bagi mengurangkan komplikasi jangkitan ini.
  • Di pihak kementerian kesihatan dan ajensi berkaitan pula, saya amat berharap agar pihak berkaitan menjalankan kempen secara berterusan ke peringkat akar umbi. Sekolah dan pusat2 pengajian dinasihatkan memakai topeng pelindung agar wabak penularan ini terkawal. Keputusan penutupan sesebuah institusi perlulah sentiasa dipantau dengan tepat dan segera.
  • Kuarantin diri juga perlulah diamalkan oleh setiap individu. Jika anda mengalami simptom batuk, selsema dan sebagainya, kuarantinkan diri anda daripada masyarakat. Anda perlu tahu, jika simptom anda itu bukannya H1n1pun, tetapi kerana waktu itu imuniti tubuh anda agak lemah, anda akan agak mudah dijangkiti oleh H1N1. Mungkin mufti boleh bagi pandangan/fatwa jika anda mempunyai simptom ini jangan ke solat jumaat.
  • Sebagai umat Islam pula, kita dinasihatkan melakukan solat hajat agar dijauhi daripada wabak ini. Doa penghindar wabak / bala banyak yang telah dikirimkan oleh kawan2 sebelum ini. Terakhir sekali bagi pengamal herba dan ubatan alami saya juga menyarankan pengambilan Minyak Kelapa Dara sebagai makanan harian dan bagi pengidap H1N1 ini atas sifatnya yang Anti - Virus.
Sekian Wassalam.

Wednesday, August 5, 2009

ABIM gesa kerajaan percepatkan proses penggubalan undang-undang baru menggantikan ISA.

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pihak kerajaan mempercepatkan tindakan bagi proses penggubalan undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Ini bagi memastikan supaya kegiatan protes terhadap ISA oleh sebahagian dari anggota masyarakat di negara ini, sebagaimana yang telah berlaku kelmarin dapat dielakkan dari berterusan.

Antara tindakan segera yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mempercepatkan proses penggubalan undang-undang baru menggantikan ISA ini ialah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Khas yang dianggotai oleh tokoh-tokoh dari pelbagai sektor masyarakat, meliputi pihak kerajaan, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan menyertainya.
Pihak kerajaan tidak harus memandang ringan protes-protes yang dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat ini sebagaimana yang terjadi kelmarin kerana ia merupakan manifestasi bantahan terhadap perlaksanaan ISA yang dilihat telah banyak melanggar batas-batas hak asasi warganegara dari kerangka perlembagaan.

Sehubungan dengan itu juga, ABIM ingin meminta pihak keselamatan membebaskan mereka yang ditahan pada perhimpunan kelmarin dengan kadar yang segera. ABIM juga ingin meminta orang ramai supaya memberi peluang dan masa kepada pihak kerajaan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang telah membuat kenyataan rasmi untuk membuat kajian semula terhadap akta ini, menyempurnakan janjinya. Ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat terbanyak hendaklah dipelihara oleh semua pihak.

ABIM ingin terus mempertegaskan sikapnya pada sebelum ini iaitu ISA hendaklah dihapuskan kerana ia bertentangan dengan prinsip hak kemanusian dari perspektif agama Islam. Oleh itu, ISA hendaklah diganti dengan satu undang-undang baru yang lebih adil sejajar dengan tuntutan agama dan perlembagaan Malaysia.
‘Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan’

MUHAMAD RAZAK IDRIS
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Monday, July 20, 2009

APA DAH JADI SPRM?

Assalaamualaikum,

Sukar untuk tidak menulis tentang peristiwa kematian Teoh Beng Hock, pembantu seorang Exco negeri Selangor minggu lepas. Kematian beliau yang penuh misteri dilaporkan berlaku selepas beliau dilepaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah diambil keterangan siasatan penyelewengan wang kerajaan negeri. Ini bukan sebuah kes politik. Sesiapa sahajapun boleh dipanggil memberi keterangan. Mengapa perkara ini harus terjadi?

Mengapa misteri? Misteri kerana agak sukar dipercayai maklumat awal yang mengatakan beliau membunuh diri. Agak sukar diterima telahan itu kerana beliau yang baru sahaja berusia 30 tahun, menurut keluarganya tidak mempunyai masalah besar, telah berkahwin dan hendak mendaftarkan perkahwinannya pada hari itu, isterinya pula mengandung dua bulan dan seorang yang sentiasa ceria dan mudah didampingi tiba2 hendak membunuh diri.

Tapi kenapa sampai tiba2 ada yang terbunuh. Menurut SPRM, mendiang telah dibenarkan pulang sekitar jam 3.45 pagi. Tetapi telah memilih untuk terus berada di situ dan dilihat oleh beberapa orang sekitar jam 6 pagi tidur di sofa SPRM. Banyak persoalan yang timbul ketika ini. Mengapa mendiang tidak terus pulang? Keretanya berada di tempat letak kereta di tingkat bawah. Apa yang terjadi antara jam 3.45 pagi hingga 1.30 tengah hari apabila mayatnya ditemui?

Banyak sungguh soalan yang tidak terjawab. Sungguhpun pihak polis berjanji akan menyiasat kes ini dengan setelusnya, pasti akan ada pihak yang tidak akan berpuas hati dengan hasil siasatan ini. Kini banyak pihak yang meminta ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja agar siasatan nanti boleh dilakukan dengan lebih telus.

Saya secara peribadi menyokong agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini ditubuhkan. Ini bagi mengelakkan segala tohmahan dan kecaman orang ramai tentang hasil siasatan ini nanti. Adakah akan terjawab segala persoalan? Mengapa perkara ini terjadi? Banyak sungguh soalan yang perlu ditanggung. Lebih hiba lagi di pihak keluarga mendiang. Kehilangan satu nyawa muda yang begitu berharga. Takziah kita ucapkan.


Tuesday, July 14, 2009

ABIM alu-alukan keputusan memansuhkan PPSMI


ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) mengalu-ngalukan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai sessi persekolahan tahun 2012.

Keputusan ini menandakan kesediaan untuk pihak pembuat dasar hujah-hujah ilmiah yang telah dikemukakan oleh tokoh akademik, pendidikan, sasterawan serta mahasiswa mengenai kelemahan PPSMI semenjak ia dilaksanakan pada tahun 2003 yang lalu.
Menerusi keputusan ini, ia juga menzahirkan indikasi positif terhadap suburnya amalan demokrasi di negara ini terutama sekali dalam sektor-sektor yang menyentuh kepentingan rakyat seperti pendidikan dan lain-lain.

Dalam pada itu, ABIM ingin menegaskan bahawa perlunya usaha secara bersepadu dan berterusan untuk memperkasa Bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya di dalam perlembagaan persekutuan, seperti meluaskan penggunaannya di pelbagai sektor di samping menjadikannya sebagai medium terbaik untuk mencipta integrasi di antara pelbagai kaum di negara ini.

DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN


YUSRI MOHAMMAD
PRESIDEN
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM

Friday, July 10, 2009

PEMANSUHAN PPSMI

  • ASSALAMUALAIKUM,

  • Pemansuhan PPSMI yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dua hari disokong sepenuhnya oleh majoriti rakyat. Walaupun, terdapat sesetengah pihak yang menentang pemansuhan ini, fakta dan data yang dibentang menunjukkan dasar tersebut telah gagal untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
  • Saya telah lama menekankan dalam mana2 perbincangan, penerangan dan diskusi bahawa cara terbaik untuk belajar sesuatu bahasa ialah dengan menguasai bahasa tersebut dengan memantapkan penggunaan tatabahasa, pertuturan dan kesusasteraannya. Contoh yang terbaik ialah dengan kita melihat para pelajar yang akan dihantar belajar oleh negara kita ke sesebuah negara yang tidak menggunakan Inggeris sebagai bahasa utama mereka seperti Peranchis, Jerman, Jepun ataupun Korea.
  • Kita akan dapati sebelum mereka mendalami ilmu dalam bidang apa sekalipun, mereka diwajibkan mengikuti dan lulus kursus intensif selama 3 bulan hingga ke setahun untuk memahirkan diri mereka dalam bahasa tersebut. Bukannya dengan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa tersebut. Justeru, pengumuman TPM yang menyebut penekanan terhadap pemantapan bahasa Inggeris akan dipertingkatkan melalui beberapa kaedah tambahan amat saya alu-alukan.
  • Namun terdapat satu kemusykilan tentang pengumuman pemansuhan PPSMI ini. Sewaktu PPSMI dikuatkuasakan, Kementerian Pelajaran hanya mengambil masa 6 bulan untuk ia dimulakan. Tetapi kini 2012 barulah hendak dikuatkuasakan. Sepatutnya, bermula 2010 pelajar tahun 1 dan 4 di sekolah rendah serta Tingkatan 1 dan 4 di sekolah menengah sepatutnya telah boleh bermula dengan Bahasa Melayu. Penterjemahan semula buku2 ke bahasa Melayu boleh dilakukan secara berperingkat seiring dengan proses pemantapan Bahasa Inggeris. Kenapa perlu hendak ditunggu sehingga 2012?
  • Kemukakan pandangan anda agar Abim Wilayah dapat membuat satu kenyataan akhbar sesegera mungkin berkenaan hal ini.
  • Zaihan Mahamud
  • Kajang 7.07 am
  • 11 Julai 2009

Tuesday, July 7, 2009

MOTORSIKAL TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN - BHGN2

ASSALAMUALAIKUM,

Haaa ini dia motorsikal terhebat sepanjang zaman. Jangan terkejut ya. HONDA CUB!!! Ya Honda Cub. Yang dulu-dulu orang kita kata motor cub lampu bulat 2. Di kampung-kampung para petani buat angkut beras seguni. Segala macam yang diangkutnya. Ada beberapa faktor yang menjadikannya sebagai yang terhebat sepanjang zaman.
1. Honda cub mencipta fenomena sekitar tahun 60 an. Dengan pengeluaran motosikal ini, segala stigma tentang motor iaitu susah dibawa, mahal dan sebagainya hilang. Lelaki, perempuan dan remaja boleh memilikinya tanpa berfikir panjang dan menyesakkan poket. Bukan setakat di negara kita, malah seluruh dunia termasuk Amerika dan Eropah dilanda kegilaan Honda Cub ini.
2. Keupayaannya mengangkut beban yang besar benar2 mengkagumkan. Tengok ajalah waktu kecil2 dulu datuk ana angkat, guni beras, gula, padi macam2. Steady aja.
3. Minyak enjinnya tahan lasak. Dalam satu ujian minyak enjinya telah dikeringkan. Lalu diganti dengan minyak masak yang telah digunakan. Makin laju nampaknya.
4. Cilok2 di celah kereta memanglah hebat. Satu ujian ekstrim telah dilakukan. Motor ini dijatuhkan dari bangunan setinggi 25 meter. Memanglah bengkok rim tayar dibuatnya, tapi menakjubkan. Ia masih berfungsi dengan baik.
Itulah antara sebabnya mengapa Honda Cub ini dipilih oleh peminat motor sebagai motor terhebat sepanjang zaman.
Apa tamsilannya kepada kita semua selaku pendakwah. Saya akan ulas dalam tulisan saya yang seterusnya. Adios. Wassalam.
Zaihan Mahamud.

Tuesday, June 30, 2009

MOTORSIKAL TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN - BHGN 1

ASSALAMUALAIKUM,

Apahal cerita motor pulak ni? Dunia sibuk bercerita tentang kisah Michael Jackson meninggal dunia (atau Mikaeel?), tunjuk perasaan di Iran, nahas kapal terbang Airbus di Brazil dan Yemen, Influenza A H1N1 (selsema babi?), hebatnya Transformers di pawagam, kemenangan Brazil di Piala Konfederasi dan macam-macam berita lain di peringkat antarabangsa. Di tanah air pula kita sibuk dengan berita selain H1n1, Manek Urai, Debat jadi atau tidak, kes liwat Anwar-Saiful, akta penukaran agama yang disuruh dikaji dahulu oleh Majlis Raja-raja, kematian terbaru pelatih PLKN dan segala macam berita lain.

Ada antara cerita di atas yang akan saya sentuh lebih lanjut dalam tulisan saya kemudian hari. Tapi hari ini saya ingin nukilkan tentang motorsikal terhebat sepanjang zaman. Saya berkesempatan menonton sebuah rancangan Discoveries sambil menelaah buku kerana tidak mengantuk. Saya tidak ingat susunannya motorsikal terhebat ini. Tapi dari no 10 hingga 2 dibariskan motor yang sudah tentu mengancam enjinnya malah cantik rupa bentuknya. Geram dibuatnya.

Antara yang dibariskan ialah Harley Davidson, Honda CBR 750, Ducati 916, Cagiva, Norton, Triumph, Y2k. Honda CBR 750 misalnya adalah motorsikal jenis superbike yang paling berjaya dalam sejarah perlumbaan motor. Triumph pula dikenali setelah menjadi tunggangan Charles Bronson dalam sebuah filem Hollywood. Begitu juga dengan Harley Davidson yang menjadi tunggangan dalam sebuah filem sains fiksyen. Y2k pula adalah antara motorsikal yang paling laju pernah dibuat. Tidaklah menghairankan kerana enjinnya adalah sebenarnya diubahsuai daripada enjin helikopter. Kelajuannya mencecah 250 batu sejam. Ducati 916 adalah yg terhebat dalam perlumbaan kelasnya.
Jadi motor manakah yang berada di tangga pertama? Tunggu bahagian kedua, saya akan sebutkan. Ramai yang akan terperanjat? Mengapa? Apa relevannya perumpamaan keputusan ini dengan kita? Tunggu ya!
Zaihan Mahamud
7.15 pm
Kajang

Thursday, June 25, 2009

Produk Kesihatan Syarikat Hi-Bloom

Assalamualaikum,

Para sahabat dan rakan-rakan sekalian, saya ingin sedikit ambil kesempatan untuk mewar-warkan produk kesihatan keluaran syarikat yang sama-sama saya usahakan iaitu Hi-Bloom Worldwide Network Sdn Bhd. Sebuah syarikat 100% BUMIPUTERA ISLAM. Produk-produk bermutu seperti Natural Lingzhi, Femcare, Malecare dan Tropicocos VCO yang telah berada di pasaran antara 2 hingga 15 tahun.

Boleh lawati laman promosi bagi syarikat ini iaitu http://www.greenature.biz/Zaihan1 atau boleh terus ke laman web syarikat iaitu http://www.hi-bloom.com.

Sila hubungi ana untuk sebarang maklumat lanjut.

Zaihan Mahamud 019-3564163

Monday, June 22, 2009

JOM KE CAFE SRI AL HUDA




BEST LAKSA IN GOMBAK!!!!!

Jom pekena laksa utara, cendol, cendol pulut yang pasti hebat!!

Cafe milik Seri Al Huda ABIM WP ini terletak di Batu 7, Jalan Gombak. Dibuka setiap hari bekerja (10 am - 6 pm).

Majlis pelancarannya telah disempurnakan sempena Muktamar Bersama Abim, Wadah dan PPIWP pada Ahad, 21 Jun 2009.

Selamat Menjamu Selera. Sila klik pada foto untuk besarkan.

MUKTAMAR ABIM, WADAH DAN PPI WILAYAH PERSEKUTUAN

Alhamdulillah, Muktamar Gabungan yang pertama kali diadakan pada Ahad, 21 Jun 2009 lepas telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Satu suasana yang begitu harmoni dan membanggakan apabila melihat mereka yang berusia semuda 19-20 tahun daripada adik-adik PPIWP sehingga ke ABIM dan abang-kakak WADAH yang senior berusia 50 an dan 60 an duduk bersama-sama dalam satu majlis demi kepentingan dan kelangsungan jemaah tercinta ini.

Moga ini akan menjadi satu titik mula ke arah satu bentuk kerjasama yang lebih utuh dan erat dalam memastikan jemaah kita ini akan tetap relevan di mata masyarakat.


Saya paparkan sedikit foto untuk tatapan semua. Sila klik pada foto untuk dibesarkan.






Zaihan Mahamud
Kajang
9.45 am, 23 Jun 2009

Wednesday, June 17, 2009

ALFATIHAH

ASSALAMUALAIKUM,
Minta maaf lama tak menulis, rasanya sejak minggu terakhir bulan lepas apabila kakak tersayang pulang ke Rahmatullah, selepas tahlil terakhir malam Jumaat tu, saya terus bertolak ke Terengganu memenuhi jemputan pelbagai kenduri. Ada kenduri kahwin, tahlil, aqiqah dan sebagainya. Sebak juga di dada. Tiga kematian berturut2 setiap tahun. Mula2 Pak Lang, kemudian abah pada tahun lepas, bulan lepas akak pula. Memang ya kehidupan itu perlu diteruskan. Cuma perlu diingat bila2 saja apabila maut datang memanggil maka tibalah ia tak cepat atau lambat walau sesaatpun.
Sesudah hampir seminggu balik dari Terengganu saya berlepas pulang pula ke Perlis, kampung tercinta nun di utara tanah air. Dek cuti sekolah hero-hero saya yang 2 orang tu pun ikut sekali. Umi nya tak ikut sebab banyak urusan pejabat tambah pula nak ujian PTK minggu depan. Banyak juga kenduri, sambil menyelesaikan beberapa urusan abah yang tak selesai ditambah pula dengan urusan baru surat menyurat akak.
Sempat juga pergi ke dusun buah yang semak dah naik hutan, tak berjaga dah hampir 3 tahun semenjak abah sakit dulu. Pondok durian pun dah senget diratah anai-anai hampir menyembah bumi. Dek hutan tebal sangat tengok dari jauh saja. Kena balik juga nampaknya seminggu dua lagi kumpul orang kampung gotong royong bersih dusun. Nampak juga langsat, petai dan durian tergantung-gantung. Geram dibuatnya....
Zaihan Mahamud

Thursday, May 21, 2009

AlFatihah - Lagi Pilihanraya Kecil


ADUN Manik Urai, di kawasan parlimen Kuala Krai, Ismail Yaacob,60 meninggal dunia kira-kira subuh pagi tadi dipecayai akibat komplikasi penyakit jantung.

Beliau yang memang mempunyai pelbagai penyakit yang agak menjejaskan tugas beliau selaku Adun diberitakan telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu sejak semalam. Allahyarham antara Adun PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak 1986.

Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.

Al - Fatihah.

9.45 am, 22 Mei 2009

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum,
Guru adalah satu perkataan yang sangat mulia. Dikenali juga dengan cikgu, ustaz, ustazah, sifu, master malah saya rasa perlu dimasukkan juga pensyarah, tutor (mungkin) atau yang sewaktu dengannya. Nabi Muhammad saw tentang keperluan untuk menuntut ilmu sangat penting sehingga baginda pernah bersabda tentang kepentingannya seperti dalam hadis menuntut ilmu hingga ke negeri China dan menuntut ilmu dari buaian ke liang lahad.
Dan siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan ilmu. Memanglah secara amnya semua kita tapi tak lain tak bukan mereka yang dikhaskan dan diamanahkan ialah para guru ini. Jerih perih mereka dalam menyumbang kepada pembangunan negara dan dunia perlulah diakui dan diiktiraf. Tidak kira siapa kita di bumi ini, pasti akan ada secoret kenangan kita dengan manusia yang bernama guru ini.
Justeru itu, saya menganggap yang profesion yang semulia ini perlulah diletakkan di tempat yang sewajarnya. Berbanding dengan pensyarah yang memang dipanding dalam kedudukan yang agak tinggi di kalangan pelajarnya, kita tidak mahu masyarakat hanya memandang profesion ini sebagai profesion yang terakhir boleh dipilih bagi menjamin pekerjaan.
Saya ingin mengambil contoh bagaimana negara Korea Selatan menaikkan kualiti universiti di negara mereka. Mereka hanya akan menghantar pelajar ke luar negara untuk menuntu ilmu dalam bidang yang khusus yang tidak dikuasai oleh mereka lagi. Semua pelajar cemerlang di peringkat menengah akan dipastikan menuntut di universiti kebangsaan mereka. Dengan ini bukan sahaja mereka tetap cemerlang malah dengan secara tidak langsung menaikkan kecemerlangan universiti mereka.
Dalam bidang perguruan pula, saya ambil contoh negara jiran kita Singapura yang meletakkan profesion perguruan di dalam skim perkhidmatan yang khas dengan tawaran gaji yang lumayan dan hebat menyebabkan " the best brains" juga akan berminat untuk menjadi seorang guru yang berperanan besar dalam pembangunan anak bangsa. Fikirkan.....
Zaihan Mahamud

Monday, May 11, 2009

Zambry gets stay order, state in limbo

Breaking News

The Court of Appeal has granted a stay of execution on yesterday's High Court decision which recognised Mohammad Nizar Jamaluddin as the rightful Perak menteri besar.

  • Nizar asked to vacate office.
  • Appeal date not fixed.

- Nampaknya saat mungkin yang ramai lega dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya hari Selasa membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi menangguhkan keputusan yang mengesahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak.

Dengan keputusan itu, Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar. Hakim Datuk Ramly Ali yang membuat keputusan itu berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh dalam waktu terdekat bagi mendengar rayuan Dr Zambry untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

- Petikan dari Malaysiakini dan Agenda Daily

Mahkamah Tinggi isytihar Nizar Menteri Besar Perak yang sah

Berita Tergempar sebentar tadi.
Dipetik daripada Berita Harian dan The Star.
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Tugas-tugas Khas), Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, di sini, sebentar tadi.
Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah.
Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab sebagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu. Beliau turut meminta perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjwat jawatan itu.
Selain itu, Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai perkara 16 (6) Undang -undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.
Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas BN mendapat sokongan 31 Adun berbanding hanya 28 bagi PR. - sumber
Nampaknya akan berpilihanraya lagilah di negeri Perak. Dengarnya Ir. Nizar sudah dalam perjalanan mengadap Paduka Sri Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN.

Sunday, May 10, 2009

PERAK OH PERAK

ASSALAMUALAIKUM,

Perak oh perak. Begitu berharganya perak sehingga ia diletakkan hanya di belakang emas jika disebut sebagai barangan berharga. Anak-anak kecil dalam upacara mencukur jambul sewaktu disambut kelahirannya, penamaannya malah aqiqahnya ditimbang rambutnya untuk diberatkan dengan timbangan perak. Malah kemahsyuran perak itu diiktiraf kepada sesiapa sahaja atau apa sahaja yang dapat melalui satu tempoh kegemilangan selama 25 tahun lantas diberikan jolokan Sambutan Jubli Perak.


Tapi yang dimaksudkan ini bukannya semua itu. Malah perak yang dikatakan ini sebenarnya adalah negeri Perak Darul Ridzuan yang heboh dikatakan seluruh dunia. Entah apalah nasibnya rakyat Perak ketika ini. Sungguhpun sewaktu PRU ke 12 dulu rakyat Perak telah memenangkan Pakatan Rakyat dengan 31 kerusi berbalas 28 tapi kini pemerintahan beralih pula kepada Barisan Nasional yang ada 28 + 3? kerusi - berbalas 28.


Dan entah di mana penghujungnya pula krisis ini, kini rakyat Perak tertanya-tanya hebatkah sangat Perak ini sampai semuanya terpaksa disebut sebanyak dua kali. Mula-mula Menteri Menteri Besar, kemudiannya Barisan-Barisan Exco dan yang terkini Speaker-speaker. Hebat juga ya. Lepas ni agaknya akan ada berapa lagi angka-angka 2 ni. Mungkinkah SUK-SUK? Isy..tergeliat lidah nak menyebut angka-angka matematik ni sampai dua kali ganda. Barangkali itu sebabnya Tun Mahathir dulu menetapkan diingeriskan sahaja matematik ini supaya yang dua kali ini semua ditambahkan 's' di belakangnya. Entahlah... gitulah gamaknya.

Harap-harap selepas keputusan Mahkamah Tinggi hari Isnin 11 Mei 2009 akan datang ini, terlerailah segala kekusutan jua. Wallahua'lam.



Zaihan Mahamud

Kajang 10/5/09


* Buat Bonda tercinta Puan Hajah Asion Bt Saad, Isteri Tersayang Puan Noraizah Muhd Nor dan tak lupa Ibu Mertua Puan Shamsiah Jaafar. Selamat Hari Ibu buat kalian.

Thursday, April 30, 2009

Muslim Groups Upset With Religious Conversion Ruling


Kuala Lumpur, April 29 — Pembela, a coalition of Muslim NGOs, today condemned the cabinet’s recent decision on religious conversion of children, calling it unconstitutional and irrational. The Muslim NGO’s criticism of the decision could prove tricky for Datuk Seri Najib Razak as he attempts to balance the interest of Muslim and non-Muslim groups. The cabinet recently decided that children should be raised in the faith of their parents while they were married even if one spouse becomes a Muslim. “We totally disagree because of the way they made the statement. Unless there are amendments to the constitution then the statement made is not law. “However, they have made it seem that when a minister says something then it is law, This is one of the issues which can bring doubts to some parties,” said Muslim Youth Movement of Malaysia’s president Yusri Mohamad.

He told reporters that the decision made goes against Islamic laws and the constitution. “In article 12 section 4 in the constitution, the faith of a child who is not yet an adult is determined by the parents. The courts has interpreted that the parents has to right to decide regardless if they are the husband or wife,” Yusri added. Pembela believes the cabinet ruling will deny the parent who converts to Islam his or her right and responsibility over the future of the children. They feel that the decision is not fair to those who want to convert to Islam. The group also feels that the government was rushed into making a decision on the issue when it should have been conducted properly with collaboration of all parties. The group reiterated that this issue should not be sensationalized because it would not be healthy for the country.“We should address it professionally with a cool head and objectively. We have procedures and processes in place. I would like to highlight that there has been a high level discussion organized by the attorney general”.
The government had asked the attorney general to hold a series of discussion with religious experts and NGOs. “I would like to ask what has happened to those discussions? Why did the cabinet suddenly make a decision which actually is hard to accept by everybody. What was recommended by the cabinet is not sustainable,” he argued. Yusri urged all parties to consider the realities of the country and not have an attitude that will make the situation worse. He was disappointed that many Malaysians think that a non-Muslim would not be able to get a fair trial in a Shariah court. “This is not helpful and we will not be quiet if the Shariah court is given that image. The notion that a Shariah court will not give a fair trial to non-Muslims is a blatant and an unacceptable accusation,” he said.
Jamaah Islah Malaysia (JIM) president Zaid Kamaruddin also added that the decision was one sided and pleased only a minority in the country.“The cabinet has not taken account the opinions of the majority. We also would like to complain that the decision was irrational. We understand the Muslim’s fuse is a bit long, that is why there are many who are still patient because they believe that the government can solve this issue”. “But in this context, we see that it going against Islam and we have yet to receive a reaction from the Cabinet after the incident has happened. This is not a solution to this problem,” Zaid said.

Sumber Dipetik : http://www.themalaysianinsider.com/

LAGI MENGENAI HAK MENUKAR AGAMA KANAK-KANAK

ASSALAMUALAIKUM,
PKPIM juga ada mengeluarkan kenyataan yang baik, disamping menyertakan beberapa kes lama yang boleh dijadikan panduan dalam menetapkan sikap terhadap kes terbaru ini, iaitu :-

"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu."Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga. "Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,"
Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara autoamtik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya turut serta menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.

Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah mereka mampu memberi respond dan jawapan. Wallahu'alam.
From Ustaz Zaharuddin

Tuesday, April 28, 2009

HAK MENUKAR AGAMA KANAK-KANAK

Assalamualaikum,

Saya amat benar-benar terkesan dengan pengumuman oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri Aziz baru-baru ini. Beliau mengumumkan kabinet memutuskan anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal mereka semasa melangsungkan perkahwinan. Ia sebagai langkah penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan berkaitan dengan kes K Pathmanaban yang membawa anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.
Saya juga menggesa agar perbincangan yang lebih masak diperlukan untuk mengelak kekeliruan umat Islam dengan keputusan ini. Pandanngan beberapa tokoh mufti dan perundangan juga perlu diambilkira.
Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti semalam. Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri. "Soal Islam tidak boleh dipermainkan, begitu juga dalam masalah hukum tidak boleh dibincang atau dipinda sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mendapat pandangan ulama, mufti dan pakar agama supaya tidak timbul kekeliruan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa. "Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya. "Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam. "Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru," katanya.

Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.


Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Ikbal Salam, pula menyarankan bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil. "Mahkamah Sivil juga perlu diberi kuasa menguruskan kes sebegini dengan melantik hakim yang terlatih dalam bidang sivil dan syariah bagi mengetuai bahagian khas itu supaya kepentingan pasangan yang memeluk Islam juga terbela," katanya.
Zaihan Mahamud

Thursday, April 16, 2009

PELBAGAI PERISTIWA

Assalamualaikum,

Minta maaf kerana agak lama tidak meng-update blog ini. Selain terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti syarikat dan ABIM, terdapat beberapa peristiwa yang memerlukan perhatian dan pemikiran kita semua.


1. Perhimpunan UMNO. Dalam persekitaran politik yang tidak menentu ini UMNO mengadakan pemilihan dalam perhimpunannya kali. Walaupun Najib telah meminta agar dibariskan saf yang boleh menerajui negara, namun sayang seribu kali setelah dipilih pemimpin di dalam UMNO ini didapati barisan yang dipilih oleh perwakilan ini masih lagi kurang meyakinkan rakyat secara amnya. Masih lagi dikatakan dikaitkan dengan rasuah dan politik wang. Mungkinkah akan ada pendekatan-pendekatan baru? Kita nantikan.



2. PM Ke-6. Tahniah kita ucapkan pada Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April lalu. Jalan yang berliku menanti. Kes yang dikaitkan dengan YAB PM juga sedikit sebanyak mencemar sedikit nama beliau dan Malaysia. Kita menanti apakah tindakan populis beliau seperti menarik balik larangan penerbitan dua akhbar parti politik dan pembebasan 13 orang tahanan ISA akan diteruskan dan diterjemahkan dalam pentadbirannya. Jika tidak, pesanan Tun Dr Mahathir bahawa rakyat akan membuat keputusan dalam PRU - 13 tahun 2012 atau 13 akan terjawab. Sama ada akan terus diperintah kerajaan BN atau PR yang akan menjadi pilihan.


3. Pilihanraya Kecil - Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai. Nampakya sedikit retorik yang dicipta Najib untuk menambat hati pengundi di tiga PRK ini sedikit terencat apabila pengundi di dua bukit ini tetap setia kepada PR. Malah majoriti kemenangan bagi PR di kedua-dua bukit ini bertambah. Saya berkesempatan meninjau sendiri suasana PRK di Bukit Gantang dan melihat sendiri keghairahan para petugas parti dan pengundi menterjemahkan kuasa undi yang ada di tangan mereka. Pernah melihat naga dalam pilihanraya? Mungkin pernah. Tapi apa yang kami lihat lebih lagi. Sudahlah naga itu dinaikkan tinggi sekali sehingga melepasi bangunan 5 tingkat malah lambang sebuah parti diletakkan di atas naga itu. Mungkin bila saya sempat uploadkan gambarnya.


Zaihan Mahamud
Kajang

Wednesday, March 11, 2009

KENYATAAN MEDIA ABIM - PPSMI

9 MAC 2009 / 12 RABIUL AWAL 1430

SELESAIKAN POLEMIK PPSMI DENGAN SEGERA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik kenyataan Y.A.B Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang ingin keputusan muktamad berkenaan dengan Pembelajaran serta Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan dengan secepat mungkin.

Ini memandangkan telah banyak kajian serta perbincangan yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai keberkesanan PPSMI semenjak ia mula dilaksanakan pada tahun 2003 dahulu. Dalam hal ini, ABIM menilai bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperolehi asas yang kuat untuk membuat keputusan berkenaan dengan PPSMI dalam masa terdekat.
Merujuk kepada hujah-hujah yang dikemukakan menerusi kajian-kajian yang dilakukan serta perbincangan- perbincangan yang dilakukan di kalangan tokoh-tokoh akademik serta bahasa, ABIM merasakan amatlah wajar untuk KPM memansuhkan PPSMI samasekali, kerana ia tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif serta nyata.

ABIM juga ingin melahirkan perasaan kesalnya ke atas tindakan kasar pihak berkenaan ke atas tokoh-tokoh bahasa terutama sekali Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pada 7 Mac yang lalu, kerana ia seakan tidak menghormati kedudukan serta status mereka selaku ahli bahasa ataupun pakar dalam bidang berkenaan.


DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN


YUSRI MOHAMAD
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Saturday, March 7, 2009

GAMBAR-GAMBAR PERHIMPUNAN PPSMI

ASSALAMUALAIKUM,


Menyentuh sekitar perhimpunan Anti PPSMI yang telah berlangsung pada 7 Mac 2009 di sekitar Masjid Negara dan Istana Negara petang ini. Apa yang amat kami kesalkan ialah dalam perhimpunan yang sepatutnya boleh dibiarkan berlangsung dengan aman dicemari dengan tembakan gas pemedih mata. Orang-orang tua dan kanak-kanak menjadi mangsa. Yang paling dikesalkan juga ialah apabila para peserta himpunan cuba untuk berlindung di dalam masjid, tembakan gas pemedih mata juga telah dilepaskan dalam masjid. Anda boleh saksikan dalam gambar yang saya sertakan di sini. Gambar-gambar ini dipetik dari pelbagai sumber seperti Tranungkite.net, Malaysiakini dan Star. Anda juga boleh saksikan video di sebelah yang menunjukkan Perhimpunan 100 Ribu ini telah berjaya menghimpunkan para penentang PPSMI ini.



Wednesday, March 4, 2009

MULTAQA, MAULIDUR RASUL DAN PPPSMI - MARI BERSAMA 7 MAC INI

ASSALAMUALAIKUM,

Sukacita dimaklumkan ABIM akan mengadakan program Multaqa Staf ABIM - Agensi Dan Sambutan Maulidur Rasul Serta Pelancaran Buku Generasi salahuddin.
Tempat : Dewan Besar, Kompleks Dar Al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam Kajang.
Tarikh : 07 Mac 2009 / 10 Rabiul Awwal 1430H.
Waktu : 09:00 pagi - 14:00 ptg.

Kuliah Tafsir Maudhuiy Siri ke-55 pimpinan Y Bhg Dato Dr Siddiq Fadzil akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : Sabtu, 7 Mac 2009
Masa : 8.30 - 11.00 malam (Isyak bersama di Surau Seri/Semi)Tempat : Dewan Besar KDH
Anjuran bersama : WADAH, ABIM, PKPIM & KDH

Anda juga diharap dapat bersama-sama untuk bersama-sama ke Perhimpunan 100 Ribu bagi menyampaikan bantahan berkenaan PPSMI. Sila ke link ini Himpunan 100 Ribu 7 Mac.
Terdapat pelbagai artikel tentang penolakan PPSMI ini di laman web ABIM dan PKPIM.

Zaihan Mahamud
YDP Abim WP

Wednesday, February 25, 2009

ABIM DAN PALESTIN

Assalamualaikum,
ABIM sepakat dalam fikiran dan tindakan untuk mengenengahkan isu Palestin dan Gazza ini untuk difahami dan dihadami oleh rakyat terbanyak. ABIM dengan bantuan Global Peace Mission (GPM) kini juga sedang dalam rangka lawatan ke setiap negeri dan daerah akan turun memberi penerangan tentang keadaan yang berlaku di Gazza dan peranan kita selaku sahabat dan saudara seagama dengan mereka.
Alhamdulillah, beberapa program juga telah dilaksanakan termasuk yang terbaru di Surau Taman Jasmin, Kajang. Surau ini dengan kerjasama ABIM telah membuat program penerangan Isu Palestin dan ABIM telah menjemput Dr Hyzan Mohd Yusof daripada GPM untuk memberikan penerangan mengenai isu ini. Majlis juga telah diceriakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dato' Menteri Besar Selangor yang secara kebetulan singgah untuk solat maghrib di surau tersebut. Dalam ucapan beliau beliau sangat bangga dengan program tersebut dan menyeru agar program pengimarahan surau dapat dilaksanakan dengan lebih kerap.

Seusai program, sumbangan daripada penduduk Taman Jasmin telah diserahkan kepada Dr Hyzan untuk disumbangkan kepada Tabung GPM bagi membantu projek Pembangunan Semula Gaza. Semoga program seperti ini juga dapat dilaksanakan di tempat lain supaya masyarakat lebih mengenali GPM dan juga ABIM.