Wednesday, January 7, 2009

CELAKALAH ISRAEL. APA YANG BOLEH KITA BUAT!

Assalamualaikum,

Alangkah geramnya bila melihat gambar ini yang disiarkan di muka depan UM 7 Januari 2009. Saya cuma terbayangkan jika ini adalah anak2 kita. Apakah kita sanggup melihatnya. Saya katakan dalam artikel sebelum ini yang kita mungkin tak mampu berbuat apa-apa hanya sekadar berdoa, demonstrasi atau segala perbuatan yang boleh menunjukkan amarah kita. Tapi sedarkah kita yang selama ini hidup kita dikelilingi dengan barangan atau jenama yang dikaitkan tau ada kena mengena dengan negara Yahudi laknatullah ini. Di sini saya lampirkan senarai barangan atau syarikat mengikut abjad yang boleh kita elakkan.


INDEX PRODUK - BOIKOT ISRAEL
20th Century Fox Films
Ambi Pur
ANDREX
AOL Time Warner
Aoste
Apax Partners
Apex Supply Company
Aqua Velva
Aramis
Arsenal Football Club
Auchan
Aveda
Bali
Ball Park
Banana Republic
Bath & Body Works
Biotherm
Bobbi Brown Essentials
Body Mist
Britannia Pacific
Bryan
Brylcreem
Buitoni
Bumble and Bumble
Cacharel
Calvin Klein
Carrefour
Carson
Caterpillar
Champion
ChinaByte.com
Clinique
CNBC
CNN
Coca-Cola
Danone
Danone yogart
Delta Galil
DIM
Disney
DKNY
Donna Karan
Douwe Egberts
Dr Pepper
Emblaze
Estée Lauder
Evian
EXPO Design Centers
Express
Fanta
Festival Records
Forbes
Fox Kids
Fox TV Network
Fruitopia
Galbani
GAP
Garnier
Georgia Lighting
Giorgio Armani Perfumes
Gold Coast Bulletin
Gossard
Hanes
Harper Collins Book Publishers
Hear Music
Helena Rubinstein
Hema
Henri Bendel
Herald Sun
Hillshire Farm
Home Depot
HP foods
HUGGIES
Hugo Boss
IBM
ICQ
Independent Newspapers Ltd
Intel •
Intimate Brands, Inc
Isrotel hotels
J.C. Penny
Jacob biscuits
Jane
J-Crew
Jimmy Dean
Jo Malone
Johnson & Johnson
Jonny Rockets
Just My Size
Kate Spade
Kia Ora
Kimberly-Clark
KitKat
Kiwi
KLEENEX facial tissues
KOTEX products
La Mer
La Roche-Posay •
Lancome Paris
LEA & PERRINS
Leggs
Lerner New York
Lewis Trust Group
Libby’s • 7
Lilt
Lindex
L'Oreal
Lovable
LU Biscuits
M&S
MAC Cosmetics
Maintenance Warehouse
Maggi
Maison Cafe
Marks & Spencer
Mast Industries •
Maybelline
McDonald's
Motorola
Mushroom Records
National Blinds and Wallpaper
National Geographical
NDS
Nestle
New World Entertainment
New York and Company
News Corporation
News of the World
Newsphotos
Nokia
Nur die
Nursery World
Origins Natural Resources
Outer Banks
Pasqua
Perrier
Pickwick
Pilao
Playtex
Prescriptives
Pryca
Radox
Ragan Books
Ralph Lauren
Ralph Lauren Perfumes
Rawkus
Redken 5th Avenue NYC
Revlon
River Island
Sanex
Sara Lee
Sara Lee Bakery
Schweppes
Seattle Coffee • 13
Selfridges
Shreddies
Siemens •
Sky TV Network
Sprite
St.Michaels
Star TV Network
Starbucks
Stila Cosmetics
Strauss dairy
Structure •
Sunday Herald
Sunday Mail •
Sunday Times
Sunglass Hut
Sunkist
Superior Coffee
Tazo • 13
Tchibo
The Limited
The Limited Inc
The New York Post •
The Sun
The Telegraph
The Times
Timberland
Time Life magazine
Times Educational Suppliment • 10
Tommy Hilfiger Toiletries
Vichy
Victoria's Secret •
Villager’s Hardware stores
Volvic
Weekly Standard Newspaper
White Barn Candle Company
Wonderbra
Zondervan
..............................
..............................
..............................
..............................
..............................
..............................
..............................
..............................
=================================
Disusun menurut abjad oleh:
Genghis Khun
(nafanakhun.wordpress.com)
Sumber: www.inminds.co.uk

Di sini juga terdapat coretan pengalaman sendiri penduduk Gazza terhadap serangan Israel yang kejam ini. Moga doa kita bersama mereka agar mereka dilindungi Allah.

http://archive.gulfnews.com/indepth/gaza/puffs/mid_right/10270637.html
http://archive.gulfnews.com/indepth/gaza/puffs/mid_left/10270614.html

Kajang 3.20 pm
11 Muharram 1430, 8 Januari 2009

Monday, January 5, 2009

Hijrah dan Palestine

Assalamualaikum,

Berturut-turut cuti dan diselang seli kegembiraan dan kehibaan. Setelah penat ke sana sini dari Johor hingga ke utara tanah air meraikan pengantin baru - adik ipar kahwin, cuti yang berpanjangan dari Krismas, membawa ke Maal Hijrah dan kemudiannya Tahun Baru 2009 begitu memakan waktu dan kudrat. Sibuk pula kemudiannya mengurus persekolahan anak dengan bajunya dan semua kelengkapan.

Ahlan Wa Sahlan. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 buat semua. Masuk tanggal 1 Muharram, saya menyambut hari jadi hijrah yang ke 37 kali ini. Semoga tahun yang akan datang ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Juga buat 2009 yang menjengah setelah setahun 2008 kita lalui. Pahit maung yang dilalui moga mendewasakan kita. Sudah tentu tahun lepas 2008 sedikit menyedihkan buat kami sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta. Moga rohnya dicucuri rahmat-Al Fatihah.

Tetapi 1430 dan 2009 ini menjenguk dengan penuh kehibaan. Tebing Gaza di Palestin dihujani besar2an dengan segala macam senjata oleh Yahudi Laknatullah - Israel. Amerika sekadar mengangguk tersenyum di belakang mereka sambil ditambah rencahnya oleh Britain. Setakat masa tulisan ini sudah lebih 500 orang saudara kita terkorban dek keganasan nafsu rakus Israel.

Umat Islam di seluruh dunia termasuk kita tentunya membuat pelbagai protes demonstrasi, boikot dan segala macam usaha yang terdaya. Namun sudah tentu tidak diendah oleh Israel yang tahu Amerika tetap menyokongnya. Entahlah kalau Obama nanti tidak begitu. Malis Keselamatan PBB juga bagai satu patung tidak bernyawa. Malah rayuan Setiausaha Agung PBB, Ban Kim Moon agar gencatan senjata dilaksanakan hanya bagai bayu berlalu pergi.

Mengapa ini berlaku? Mengapa umat Islam dipandang sepi. Kerana kita tak punya kekuatan. Di Palestin sendiri contohnya, perbalahan yang berpanjangan antara Hamas dan Fatah sudah berlanjutan sekian lama. Kemenangan Hamas dalam pilihanraya tidak diiktiraf oleh kuasa besar dunia kerana dikatakan mereka kumpulan pengganas. Wakil dunia Arab membisu. Mesir tidak membantu. Syria, Jordan juga membatu. OIC tiada dalam kamus untuk menyatukan semua. Malah luahan negara kita, Malaysia juga dipandang sepi.
Kita tak punyai kekuatan. Selaku individu, umat dan negara. Mereka memperlekehkan umat Islam sewenang-wenangnya. Kita hanya mampu berdoa agar serangan ini berhenti segera. Ya...mungkin hanya itu yang kita mampu. Ketika ini............
Kajang 7.55 pm
8 Muharram 1430