Sunday, July 15, 2007

Jemaah Pemangkin Umat


Assalamualaikum,

Buat sahabat sekalian,

Muktamar yang baru berlalu diharapkan mendewasakan kita dalam erti kata yang sebenarnya dalam dunia yang fana ini. Terima kasih kepada sahabat yang hadir dan yang membantu terutamanya setiausaha - Asmawi, Wan Ahmad dan Suryani dari Al Huda. Jazakallah Kathiran.

Kehidupan yang penuh mencabar di kota raya ini sentiasa mencengkam dari masa ke semasa. Suasana persekitaran ini juga tidak banyak membantu. Namun, di sini timbul pertanyaan apakah kini tiada masa lagi untuk kita kembali menyumbang kepada masyarakat dalam wadah ABIM yang kita cintai ini. Apakah kita akan membiarkan sahaja masyarakat dan zaman berlalu tanpa kita meninggalkan sedikit bekas jasa dan keprihatinan kita kepada mereka?

Masih adakah lagi semangat juang dan iltizam yang telah dipaksikan lewat bait doa Al-Ma'thurat yang menjadi bacaan kita saban hari atau bacaan itupun hanya meniti di bibir tanpa sedikitpun mendatangkan makna di hati kita?

Mari bersama-sama kita kembali bergiat dalam Wadah Penyatu Ummat ini. Moga dengan sedikit khidmat dan pengorbanan ini diterima sebagai amal soleh di akhirat kelak.

Salam Ukhuwwah,

Zaihan Mahamud
Yang Di Pertua
ABIM Wilayah Persekutuan

No comments: