ASSALAMUALAIKUM,
Saya selaku YDP ABIM WP ingin mengucapkan tahniah atas pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi MAIWP yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan kenaikan elaun guru SRA dan KAFA mulai 1 Januari depan. Setelah hampir 22 tahun lepas merasai elaun yang hanya berjumlah RM 500, kami rasakan yang kenaikan ini antara RM 1000 ke RM 1200 amat bertepatan dengan masanya.
Ini sekaligus akan menaikkan semangat para guru ini untuk lebih berdedikasi dalam tugasan mereka mendidik anak umat dan bangsa. Sungguhpun selepas kenaikan ini, jumlah elaun tersebut masih jauh lebih rendah berbanding guru di sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran, ia diharap menjadi titik tolak ke arah satu sistem penghargaan, kemudahan dan gaji yang lebih sistematik selepas ini.
Pengumuman ini yang dibuat selepas beberapa negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor mengumumkan langkah yang sama diharap menjadi pemangkin kepada negeri yang lain juga. Malah kami menyeru agar kerajaan dapat memperluaskan usaha ini kepada semua sekolah rendah agama tidak sama ada yang diselenggara di bawah Majlis Ugama Negri ataupun pihak swasta agar mutu pembelajaran dapat ditingkatkan di sekolah-sekolah ini.
Wassalam.
Zaihan Mahamud
No comments:
Post a Comment