Tuesday, April 22, 2008

Usrah Gabungan AWP Sabtu ini 26-April bersama Hj Ahmad Azam Abd Rahman



Assalamu'alaikum warahmatullah

Insyaallah dijemput sahabat2 Abim Wilayah & Daerah sekelian untuk hadir beramai-ramai ke :

Majlis Usrah Gabungan AWP yang akan diadakan pada hari Sabtu ini 26-April-2008 di sekolah kita, SERI al-Huda, Jalan Gombak.

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

7:00 Kehadiran

7:30 Maghrib berjemaah & Ma'thuratMakan Malam

8:30 Isyak berjemaah

9:00 Pengisian oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman

Mantan Presiden ABIM

Naib Presiden WADAH

11:00 Minum malam dan bersurai


Kita juga kemungkinan akan mengadakan sesi taklimat program PKA-25 pada malam itu, insyaallah. Jemputan ini turut diperpanjangkan ke ABIM Selangor dan keluarga besar Abim yang berkelapangan untuk hadir termasuklah PKPIM, WADAH, Muafakat, KBI dan agensi...

Wassalam

ASMAWI

Kemiskinan Tak Kenal Rupa, Bangsa, Agama

Dua tiga hari ini selepas sibuk menghadiri dua tiga mesyuarat agung yang disertai saya sempat membelek dua tiga akhbar arus perdana. Sudah tentu yang agak adil dan neutral liputannya jadi pilihan. Akhbar berbahasa Inggeris yang menjadi pilihan sudah tentu The Star, The Sun dan akhbar melayu sudah pastinya Sinar selain akhbar online di internet yang lebih meluas dan adil sifatnya.

Saya tertarik dengan 2 tiga kisah kemiskinan yang dipaparkan. Yang pertama di Seremban, 6 orang adik beradik kaum cina yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka akibat kesempitan hidup. Keluarga besar yang mempunyai 16 adik beradik telah berpisah dengan 10 yang lain kerana bapanya tidak mampu menjaga mereka. Abang yang sulung baru berusia 18 tahun, Toh Chee How cuba untuk menyara adik2nya, namun apakan daya beliau juga baru berhenti kerja setelah ibu bapa mereka meninggalkan rumah.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga rumah yang mereka diami kini hasil ehsan jiran pula akan dirobohkan kerana terletak dalam laluan projek lebuhraya baru Kajang Seremban. Kini Wakil MCA Seremban sedang cuba membantu mereka.

Kisah kedua, di Klang, PKR sibuk membantu sebuah keluarga ibu tunggal anak tiga yang terpaksa tinggal di dalam kawasan tokong cina akibat kesempitan hidup dan tiada tempat berteduh sebelum ini. Mereka kini telah mengusahakan bantuan dengan memindahkan keluarga berkenaan dan kini tinggal di tempat yang lebih elok dan sesuai.

Kisah ketiga, Yeap Jia Hui budak berumur 10 tahun yang tinggal berseorangan selama 2 tahun di sebuah flat yang penuh dengan sampah sarap kerana ditinggalkan oleh ibunya yang pergi bekerja di sebuah tempat lain. Beliau diberikan kad ATM oleh ibunya agar beliau dapat mengeluarkan wang sekiranya memerlukan. Kisah ini terbongkar setelah sudah beberapa lama ibunya tidak memasukkan wang ke akaunnya menyebabkan beliau terpaksa meminta bantuan jran-jirannya.
Memang benarlah kata-kata Saidina Ali. Jika kemiskinan itu satu makhluk, sudah pasti akan kubunuhnya. Kerana kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran. Fikirkanlah.....Harap-harapnya dengan kesedaran politik ketika ini, Malaysia boleh menuju ke arah negara yanuk semuag ditadbir dengan lebih baik. Bak Mahatma Ghandi - Dunia ini cukup untuk semua orang tetapi tidak akan cukup untuk seorang yang tamak.
Kajang 8.00 pm
22/4/08
Hari Bumi Sedunia

Tuesday, April 8, 2008

TEGURAN BUAT ANUAR ZAIN

Assalamualaikum,

Tidak disangkal yang lagu-lagu yang dinyanyikan oleh sesusuk tubuh idaman MALAYA ini kononnya banyak membuai perasaan dan menjadi siulan ramai tidak kira di mana. Lagu-lagu yang sentiasa berkumandang di corong-corong radio membuai hati para pendengar muzik di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Namun baru-baru ini saya agak terkejut apabila penyanyi ini membuat kenyataan seperti di bawah.
"Pada malam itu, saya akan jadi milik mereka. Jadi mereka boleh buat apa sahaja pada saya. Mereka semua boleh cium dan duduk atas riba saya kalau mereka mahu," ujar penyanyi 'Lelaki Ini' tentang majlis makan malam istimewa 'A Nite With Anuar Zain' yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2008 ini.

Saya berasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat kerana dia sanggup membuat tawaran sedemikian terhadap peminatnya. Biarpun ianya bertujuan untuk menggembirakan peminatnya namun ia pasti mencetuskan kontroversi. Apatah lagi sebelum ini, dia pernah dikritik hebat ekoran dicium peminatnya yang bersikap terlalu 'over'.

Kata beliau lagi, "Jangan fikirkan tentang kontroversi kerana ciuman itu adalah perkara biasa, lagipun setakat cium di pipi sahaja dan bukannya ada berbaur sensual. Kalau saya tak bagi cium pun, peminat akan datang cium juga dan ia adalah perkara biasa setiap kali saya membuat persembahan."Bagi saya, hari tu adalah hari untuk berseronok dan mereka mahukan perhatian dari saya. Jadi tak salah sekiranya saya mahu menggembirakan mereka," katanya yang ditemui ketika pelancaran majlis tersebut di La Bodega, Pavillion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Majlis makan malam anjuran Sutra D’ Mega Event & Entertaiment Sdn. Bhd. yang bertemakan 'Glamorous' ini akan menyaksikan Anuar Zain mempersembahkan hampir 20 buah lagu dari album-album sebelumnya termasuklah lagu popular seperti Lelaki Ini, Ketulusan Hati, Teman Terulung dan sebagainya selama lebih dua jam bagi meraikan peminatnya pada malam tersebut.

Sungguhpun kita akan berkata dalam hati kecil kita inilah dunia artis yang sentiasa penuh dengan kemaksiatan dan sebagainya, namun kita sebagai Umat Islam sentiasa ingin melihat ugama ini disanjung dan diletak di tempat sewajarnya tidak patut hanya berdiam diri melihat segala kemungkaran ini di depan kita. Sesungguhnya tanpa perlu menawarkan diri sebegitu rupa Anuar Zain pasti mempunyai peminatnya juga.

Saya selitkan sedikit gambar-gambar yang pernah dikaitkan dengan kontroversi itu. Manakah perginya akhlak dan tata susila orang kita yang rata-ratanya Melayu dan Islam ini?




Friday, April 4, 2008

ALAHAI "GEERT WILDERS DAN FITNA" NYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dunia dikejutkan lagi dengan tayangan FITNA yang telah diterbitkan oleh seorang Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders. Walaupun telah beberapa kali peristiwa seperti ini dilakukan oleh pihak yang mahu mengeruhkan imej Islam, tindakan ini selalunya pasti menimbulkan impak yang dahsyat. Impak yang bukan sahaja berlaku terhadap negara seperti Denmark, malah individu seperti Salman Rushdie, Taslima Nasrin dan sebagainya.


Kesan selepas ini akan mula menular. Negara-negara Islam telah mula membuat bantahan demi bantahan atas penyiaran filem ini. Walaupun kerajaan Belanda telah membuat penafian dan menjauhkan diri dari mengaitkan kerajaan negara Belanda dengan filem ini, namun tiada tindakan yang diambil terhadap Wilders, jika adapun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan ini sudah pasti tidak memuaskan hati umat Islam di seluruh dunia.

Namun kadang-kadang musibah yang melanda ada pelbagai hikmahnya. Lihat sahaja selepas peristiwa "9 11". Minat manusia untuk mendalami ajaran Islam berkembang tanpa diduga, menjadikan Islam sebagai Ugama yang kini menjadi ugama terbesar di dunia mengatasi Kristian Katolik dalam bancian 2007. (Umat Islam masih No 2 teramai jika Katolik dicampur dengan Protestan)

Cuba kita lihat pula firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.” (QS. Ali ‘Imran:54)

Lihatlah hikmah yang berlaku. Melalui sumber di Belanda, perpustakaan di Belanda dalam beberapa minggu lalu menyaksikan kunjungan yang luar biasa banyaknya terhadap terbitan mengenai Islam di Amsterdam. Orang-orang Belanda membeli dalam jumlah besar mushaf-mushaf elektronik yang diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda, sehingga hampir habis di pasar dalam dua hari yang lalu. Malah ditambah pula dengan satu khabar yang 3 orang telah memeluk Islam dalam seminggu ini.
Benarlah Islam itu tetap tinggi di sisi Allah walaupun umatnya sentiasa ditindas, terpinggir, lemah serba serbi, miskin harta dan sebagainya. Pujangga Iqbal pernah menuturkan yang "Islam Spread Despite of The Muslims".
Kita terkilan tapi hikmahnya tetap Allah tunjukkan. Sebagai umat Islam yang prihatin, jika boleh ambil sedikit bahagian untuk terlibat. Begitu banyak barangan keluaran Belanda yang berada di pasaran. Jika kita masing-masing mengambil bahagian hendak tak hendak pasti kesannya akan dapat dirasai oleh kerajaan dan individu2 ini untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang unsur yang boleh memarakkan kebencian terhadap agama Islam.
Saya senaraikan serba sedikit barangan keluaran Belanda. Sumber diperolehi dari PPIM.

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall's - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady's Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Sunsilk -Shampoo
30. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
31. Lux -Mandian
32. Vaseline -Lip Balm
33. Cif -Pencuci Lantai
34. Surf -Pencuci Kain
35. Wishbone -Pencuci Kain
36. Doriana - Keju Krim
37. Bertolli -Minyak Masak
38. Clear -Shampoo
39. Breeze -Pencuci Kain
40. Sun -Pencuci Kain

Jangan lupa selain buat bajet barangan yang hendak dibeli sebelum keluar rumah membeli belah, bawa juga senarai barangan ini.
Wassalam.

Wednesday, March 26, 2008

SEPINTAS LALU PRU 12

Assalamualaikum dan salam perjuangan,
Mungkin ramai yang masih bercerita tentang pahit manis kenangan sewaktu PRU 12 tempoh hari. Bagi sebelah pihak yang dihempas atau menimbulkan Tsunami politik ini pasti ada susur galur penceritaan masing-masing yang boleh kita ambil teladan daripadanya. Pelbagai analisa mungkin juga telah kita hadamkan sepanjang hampir 3 minggu PRU berlalu.

Bagi pihak ABIM, sejauh mana peranan yang kita ingin mainkan itu yang lebih utama. Baik di pihak BN atau di pihak PR (Pakatan Rakyat), kita sama-sama harus berperanan agar kita dilihat sebagai satu pihak yang memegang teraju dakwah dan tarbiyah dan kekal sebagai sebuah gerakan yang relevan di negara kita ini.

Kita perlu melihat dalam kerangka yang lebih besar sekarang. Kalau dahulu mungkin kita kata yang aktiviti atau gerakan kita terbatas, tersekat, tersangkut dan sebagainya, maka kini dalam suasana yang mungkin lebih terbuka baik di pihak BN atau PR, suara kita sebagai generasi yang bukan sahaja sebagai pendesak malah mungkin kita perlu lebih menonjolkan diri selaku pemain utama gelanggang dakwah sebagai penyatu Ummah.

Cukup ramai juga sahabat kita bertanding dalam PRU ini baik di pihak BN atau PR. Sebagai contoh, sahabat kita YB Fairus Khairuddin, telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Dalam suasana keterbukaan ini, kita akan pasti berdepan dengan arus tekanan yang lebih kuat. Islam selaku agama rasmi negara ini kini benar-benar akan dilihat dengan lebih dekat oleh semua pihak.

Islam yang dulu mungkin disalahertikan oleh sesetengah, kini berpeluang untuk ditonjolkan dengan meluas di gelanggang terbuka. Trend pengundian yang berlaku menunjukkan kini tiada lagi batasan kaum dan agama yang sekian lama menjadi teras politik negara. Rakyat telah memilih untuk bukan sahaja melihat calon yang berwibawa malah pentadbiran yang lebih telus diharapkan daripada wakil-wakil rakyat yang telah dipilih. Semoga diberikan kekuatan pada sahabat kita yang memilih laluan politik dalam meneruskan usaha dakwah ini.

Kini tiba masa kita bekerja turun ke gelanggang. Bersama-sama kita tegakkan Islam yang mulia ini mengambil semangat perjuangan Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah kenal erti lelah dalam mensyariatkan Islam di bumi Allah ini.

Wassalam.

Wassalam.

Monday, November 19, 2007

SEPINTAS LALU DALAM SYAWAL 1428

Assalamualaikum,

1. Yang tak berapa baik. Agak sibuk dalam sebulan lepas ke Taiping melawat pakcik yang kene strok. Muda lagi sebenarnya 43 tahun baru. Bekas komando ATM. Memang baik orangnya cuma sayang rokok tak lepas dari tangan. Sudah sampai masanya, ajal datang tidak cepat atau lewat walau sesaat. Minggu lepas malam Jumaat (15 November) beliau meninggalkan alam yang fana ini. Al -Fatihah.

2. Yang tak berapa baik juga, ofis saya di Kajang ni pula dimasuki pencuri. Pandai lak tu die curi cuma CPU yang canggih2 aje. Yang CPU lama tu die siap buka tgk dalam, tak cun die tinggalkan aja.

3. 4 November pula sempat bagi Hadiah pada Ikhtifal Taski dan KAFA bawah kelolaan ABIM Sg. Besi. Seronok melihat telatah anak-anak dan ibu bapa yang bangga melihat hasil pembelajaran Sistem Sekolah ABIM. Seronok kalau semua ini dapat dilihat juga di lain-lain Daerah bukan hanya di Setapak (Sri Al Huda) dan Sg Besi sahaja.

4. Sempat juga waktu yg orang sibuk Perhimpunan BERSIH hari Sabtu tu, tempoh hari melawat Sdr Zamri Zakaria (ABIM Damansara) dan Wan Aznira yang mengadakan rumah terbuka dan kenduri pergi Haji di Ampang. Sempat bersama juga sahabat dari ADAT Hasmalina, Hamsiah dan Normalinah Md Daim pd waktu yang sama di situ. Moga Zamri dan Wan Aznira dikurniakan Haji yang Mabrur, Insya-Allah. Amin.

5. Selepas itu terus ke Johor untuk menghadiri Perkahwinan Sdr Azlan M Norani pada hari Ahad sambil singgah di rumah sahabat yang di Johor termasuk YDP ABIM Johor Dr Shahrum Abdullah yg dah mula sibuk sbb Johor dah mula banjir semula. Beliau kirim salam pada sahabat semua.

6. Sempat juga sebenarnya waktu balik dari Terengganu tempoh hari 19 Oktober menziarahi sahabat di ITM dulu Sharifah Zalina dan emaknya yang kehilangan bapa malam aidilfitri tempoh hari. Memang benar, akibat diabetes yang agak lama matanya sudah tak berapa nampak. Kalau beliau tak mengenali suara kami sudah tentu kami pun dah tak dikenali lagi. Jatuh2 selalu. Sedih juga melihat kecekalan dan ketabahan beliau. Itulah nikmat kesihatan yang perlu kita jaga sentiasa. Harap ADAT dapat usahakan sesuatu untuk membantu beliau.

7. Insya-Allah kami sedang merancang agar ABIM Wilayah akan lebih bergerak aktif pada masa akan datang Insya-Allah.


Zaihan Mahamud
YDP ABIM Wilayah

Wednesday, September 12, 2007

Mempelajari Prinsip Hidup Tokoh Islam Terkaya Di Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar (Bhgn 1) -


L/belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Umur - 53 tahun- Pendidikan - SPM- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)- Kekayaan -RM1,425 juta- Ke 7 terkaya di Malaysia- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat- Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.Bagaimana sumbangan sosialnya bermula bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.