ATAS RASA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH, SAYA TERPANGGIL UNTUK MEMBERIKAN PENDAPAT, KOMEN DAN TEGURAN KEPADA SEMUA PIHAK DEMI MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEBENARAN BERLANDASKAN KEIMANAN BUAT ISLAM TERCINTA. PARA PEMBACA JUGA DIUNDANG MEMBERIKAN SEDIKIT NASIHAT DAN PANDANGAN AGAR LAMAN BLOG INI BISA MENYUMBANG SESUATU DALAM MASYARAKAT KITA INI - INSYA-ALLAH.
Wednesday, December 16, 2009
APABILA NAFSU MENGUASAI DIRI
Thursday, November 26, 2009
Salam Aidil Adha Buat Semua,,,,,MAZA lagi
Monday, November 2, 2009
Penangkapan Dr MAZA
Wednesday, October 21, 2009
Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh
Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh
Sumber dari Harakahdaily
SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.
Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa. Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.
Dr Pornthip (gambar) memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.
Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan.
Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr Death mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik.
Beliau mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia dalam bidang ini. Beliau yang memeriksa beribu-ribu mayat mangsa tsunami yang melanda Thailand sebelum ini yakin, semangat mereka yang mati itu melindungi dalam menjalankan kerja-kerjanya sebagai pakar pathologi.
Sebagai bekas pesakit kanser yang berjaya melawan penyakit maut itu, Dr Pornthip yang juga pakar DNA, sedang berusaha untuk meningkatkan sains forensik di negaranya.
Monday, October 19, 2009
MACAM - MACAM BHGN 1
Wednesday, September 30, 2009
H1N1 DAN OPS SIKAP

Wednesday, September 16, 2009
Assalamualaikum,

Semoga Ramadhan yang berlalu pergi dipenuhi Limpahan RahmahNYA
Semoga Ibadah yang ditekuni diterima penuh pahala amalannya
Semoga Puasa yang dijalani mengajar erti penuh keinsafan
Semoga Zakat yang dilunas menjadi pembantu mengadap Ilahi
Semoga Al Quran yang dikhatam dapat lebih difahami
Akhirnya, semoga Tarbiyah Ramadhan ini menjadi penyuluh dan menyuci jiwa.

Semoga Syawal yang tiba disambut penuh kesyukuran
Semoga Tasbih dan Tahmid sentiasa diucap penuh girang
Semoga ia menjadi tanda kemenangan para pejuang
Semoga disambut dengan sederhana tanpa pembaziran
Semoga diikuti pula dengan Syawal yang enam
Akhirnya Semoga dilanjutkan usia ditemukan lagi dengan Ramadhan akan datang, Amin.
Selamat Menyambut Eid Mubarak.
Minnal Aidil Wal Faidzin.
Zaihan Mahamud
Monday, August 31, 2009
Isu Bantahan Pembinaan Kuil Sek. 23, Shah Alam: ABIM Nasihatkan Masyarakat Islam Supaya Berhemah Dalam Berbantah & Jaga Keharmonian Agama Di Malaysia

29 Ogos 2009 : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menasihatkan masyarakat Islam di negara ini supaya berhemah dalam menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam apa juga persoalan, terutama yang membabitkan isu-isu agama. Ini bagi memastikan supaya segala tindak-tanduk di dalam berbantah tidak menyumbang kepada terpudarnya imej agama Islam yang amat menekankan rukun hidup yang aman dan harmoni di antara masyarakat berbilang kaum dan agama.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Wednesday, August 26, 2009
Isu Kartika: Kekeliruan masyarakat punca polemik, kata ABIM
Menurut Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Siddiq, perkara tersebut tercetus kerana masyarakat masih tidak faham dengan pelaksanaan undang-undang sebatan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. "Tidak kurang juga yang gerun lalu menentangnya kerana momokan hukuman sebatan ini sangat kejam kerana membawa kepada kecederaan kekal, mengaitkannya dengan gambaran negatif pelaksanaan sebatan di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Prosedur Jenayah 1998.
"ABIM ingin mengingatkan bahawa hukuman sebatan ini telah diperuntukkan di bawah kuasa negeri, di mana Raja adalah bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama termasuk dalam hal pelaksanaan undang-undang syariah yang diperuntukkan di bawah enakmen ataupun akta di sesebuah negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kartika, 32, sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor semalam dari Ipoh, Perak bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saatsaat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini.
Kartika didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Fadhlina berkata, mahkamah hanya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut peruntukan perlembagaan walaupun kuasa yang diberikan sangat terhad.
"Selain peruntukan berkaitan pelaksanaan hukuman sebatan di Mahkamah Syariah, terdapat juga peruntukan lain berkitan kaedah dan pelaksanaan hukuman sebat yang merangkumi alat yang digunakan untuk sebatan dan tatacara pelaksanaannya.
"Malah, kaedah dan pelaksaaan sebatan ini sangat berbeza dengan pelaksanaan di Mahkamah Sivil sepertimana yang diperincikan di bawah Seksyen 125 dan 126 Enakmen Tatacara Syariah 2002 Negeri Pahang," katanya.
Justeru, beliau berkata ABIM menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman sebatan dan denda terhadap Kartika serta menghentikan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Mahkamah Syariah kerana dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"ABIM juga ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam berada di bawah kuasa negeri. Apabila Mahkamah Syariah telah memutuskan hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang negeri, yang juga berada di bawah kuasa raja di sesebuah negeri. "Maka kerajaan persekutuan tidak boleh mencampuri urusan tersebut kerana ia adalah kuasa eksklusif negeri yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.
"Yang jelas, Kartika Sari telah mengakui kesilapannya, beliau juga telah membuat pengakuan (iqrar) yang cukup kuat dan merupakan bukti yang kukuh bagi pensabitan kes di bawah undang-undang keterangan Islam, malah telah diberikan ruang untuk merayu dalam tempoh tertentu. Beliau memilih untuk menjalani hukuman tersebut dan pilihan tersebut harus dihormati,"katanya.
Katanya, prinsip Kartika Sari dan keluarganya yang nyata sangat menghormati undang-undang dan menjunjung tinggi perintah Mahkamah Syariah wajar dipuji dan dihormati. "Isu ini tidak perlu dipolemikkan dan dikelirukan. Malah sewajarnya semua pihak dianjurkan menghormati keputusan mahkamah dan pendirian Kartika Sari dan keluarganya dalam mempertahankan undang-undang Islam di Malaysia.
"ABIM menyeru agar hukuman ke atas Kartika Sari ini dijadikan iktibar dan pengajaran kepada umat Islam yang masih mengkonsumsi arak dan menghentikan segera amalan buruk tersebut,"katanya.
sumber daripada mStar Online.
Friday, August 21, 2009
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
- Ramadhan datang lagi. Menginjak Ramadhan yang baru, pasti mengimbau kenangan Ramadhan yang lalu. Yang paling jelas kita rasakan ialah insan yang pergi meninggalkan kita. Mereka pergi tanpa sempat merasai kembali nikmat Ramadhan. Bagi saya pemergian tiga tahun berturut-turut amat dirasai apabila Paklang, kemudiannya Abah tersayang, dan tahun ini Kakak pula meninggalkan kesan yang bukan sedikit. Allah lebih menyanyangi mereka. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh.
- Ramadhan datang lagi. Amatlah malang jika kita yang masih dipanjangkan umur dan dikurniakan kesempatan oleh Allah tidak cuba untuk meraih rahmat dan keampunan daripada Allah dalam kesempatan Ramadhan ini. Jika kita mahu, sepenuh jadual Ramadhan ini kita ikuti, maka ia akan menjadi medan tarbiyah yang terbaik buat kita sebagai hamba dan insan yang lemah ini.\
- Ramadhan datang lagi. Tarbiyah Ramadhan mengajak kita untuk menghisab, menelusuri, menginsafi erti hidup kita. Masih ingatkah kita kenapa kita dijadikan? Masih setiakah jiwa kita untuk bersaksi yang kita ini dipilih oleh Rabbul Jalil sebagai Khalifah di muka bumi ini. Masih ingatkah peranan kita yang mahu sedaya upaya menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Tarbiyah ramadhan adalah pemugar semangat fisabilillah ini.
- Ramadhan datang lagi. Allah telah aturkan dengan bijaksana. Bukan sahaja dengan merehatkan tubuh badan kita dari segala macam nikmat makanan dan minuman yang melampau, meningkatkan kekuatan fizikal dan penumpuan kita, secara dasarnya kita diperingatkan dengan menguatkan roh dan jiwa untuk mendepani cabaran di dunia ini moga berjaya kemudiannya mendapat maghfirah Allah di akhirat kelak.
- Ramadhan datang lagi. Sungguh bertuah kita. Allah telah menjanjikan segala macam pahala berlipat kali ganda. Diturunkan mukjizat Al Quran di dalamnya untuk kita baca dan hayatinya. Setiap ibadah kita digandakan sekian banyaknya. Tidak cukup dengan itu dikurniakan pula Malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam yang semua makhluk sujud mengharapkan redha Ilahi. Alangkah baiknya kalau malam itu kepunyaan kita.
- Ramadhan datang lagi. Doaku moga Ramadhan ini akan lebih baik dari yang sebelumnya. Moga amal ini menjadi amalan yang dibawa ke akhirat kelak. Moga Allah mempertemukan lagi Ramadhan buat kita. Tapi jika tidak..jadikan amalan Ramadhan ini amalan terbaik yang boleh kita bawa. Selamat beribadah dan menghayati semangat Ramadhan.
Wednesday, August 19, 2009
257 kes baru H1N1
KUALA LUMPUR 19 Ogos — Seramai 257 pesakit disahkan positif Influenza A (H1N1) dan tiada kematian akibat jangktan wabak itu dilapor hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Beliau berkata daripada 257 kes baru itu, 36 kes di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 21 kes mempunyai faktor risiko seperti diabetes, penyakit kronik, asma, hamil dan bersalin, obesiti, kanak-kanak istimewa dan bayi.
“Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan Influenza A (H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan wabak ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Dr Mohd Ismail turut meminta mereka yang mempunyai simptom penyakit itu supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak mengunjungi tempat awam seperti pusat membeli belah dan mengelak daripada menaiki kenderaan awam.
“Mereka yang mempunyai simptom influenza walaupun ringan, masih boleh disebar kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu, sesiapa yang ada simptom ini mesti berada di rumah, jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tidak bersimptom lagi,” katanya. Orang ramai juga dinasihat sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan langkah-langkah pencegahan dengan melayari laman web khas H1N1 di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300.
- BERNAMA
Wednesday, August 12, 2009
H1N1 - SATU PANDANGAN
- Masih saya ingat sewaktu bulan mei akhbar menyiarkan tentang jangkitan virus H1N1 ini di muka hadapan. Waktu itu penularan hanya membabitkan kes import dan tiada langsung kes tempatan. Tetapi setakat pandangan ini saya tulis, telah ada 44 kematian di negara kita akibat virus ini. Rakyat kebanyakan mulai cemas malah ada yang mula panik. Salah siapa? Tidak guna menuding jari. Salah kita semua.
- Saya berpendapat rakyat kita ini mengambil mudah tentang virus ini. Dalam sains virus amat kompleks sifatnya. Ia boleh bermutasi dengan cepat. Ia boleh saja menjadi H1N2 atau H2N1 atau lain2. Dengan iklim persekitaran kita yang panas lembap ini, penularan H1N1 boleh berlaku dengan mudah. Cuma dengan sentuhan tangan, batuk dan bersin ia boleh merebak. Di pihak kita, mungkin sebab kita memandang remeh atas setiap simptom yang berlaku menyebabkan ada yang menyalahanggap ia sebagai hanya demam biasa.
- Di peringkat doktor perubatan pula apa yang kita harapkan ialah supaya pengesanan penyakit ini dapat dibuat secepat mungkin. Dalam sesetengah kes kematian yang kita lihat, pesakit telahpun pergi menemui doktor berulang kali dalam jangka waktu yang lama dan telah diberikan beberapa jenis ubat, tetapi akhirnya gagal dan pesakit menemui ajalnya. Bagi pesakit diabetes, kencing manis, darah tinggi, asma atau yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi, pastikan tahap penyakit anda dipantau dengan sempurna bagi mengurangkan komplikasi jangkitan ini.
- Di pihak kementerian kesihatan dan ajensi berkaitan pula, saya amat berharap agar pihak berkaitan menjalankan kempen secara berterusan ke peringkat akar umbi. Sekolah dan pusat2 pengajian dinasihatkan memakai topeng pelindung agar wabak penularan ini terkawal. Keputusan penutupan sesebuah institusi perlulah sentiasa dipantau dengan tepat dan segera.
- Kuarantin diri juga perlulah diamalkan oleh setiap individu. Jika anda mengalami simptom batuk, selsema dan sebagainya, kuarantinkan diri anda daripada masyarakat. Anda perlu tahu, jika simptom anda itu bukannya H1n1pun, tetapi kerana waktu itu imuniti tubuh anda agak lemah, anda akan agak mudah dijangkiti oleh H1N1. Mungkin mufti boleh bagi pandangan/fatwa jika anda mempunyai simptom ini jangan ke solat jumaat.
- Sebagai umat Islam pula, kita dinasihatkan melakukan solat hajat agar dijauhi daripada wabak ini. Doa penghindar wabak / bala banyak yang telah dikirimkan oleh kawan2 sebelum ini. Terakhir sekali bagi pengamal herba dan ubatan alami saya juga menyarankan pengambilan Minyak Kelapa Dara sebagai makanan harian dan bagi pengidap H1N1 ini atas sifatnya yang Anti - Virus.
Wednesday, August 5, 2009
ABIM gesa kerajaan percepatkan proses penggubalan undang-undang baru menggantikan ISA.
Ini bagi memastikan supaya kegiatan protes terhadap ISA oleh sebahagian dari anggota masyarakat di negara ini, sebagaimana yang telah berlaku kelmarin dapat dielakkan dari berterusan.
Antara tindakan segera yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mempercepatkan proses penggubalan undang-undang baru menggantikan ISA ini ialah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Khas yang dianggotai oleh tokoh-tokoh dari pelbagai sektor masyarakat, meliputi pihak kerajaan, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan menyertainya.
Pihak kerajaan tidak harus memandang ringan protes-protes yang dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat ini sebagaimana yang terjadi kelmarin kerana ia merupakan manifestasi bantahan terhadap perlaksanaan ISA yang dilihat telah banyak melanggar batas-batas hak asasi warganegara dari kerangka perlembagaan.
Sehubungan dengan itu juga, ABIM ingin meminta pihak keselamatan membebaskan mereka yang ditahan pada perhimpunan kelmarin dengan kadar yang segera. ABIM juga ingin meminta orang ramai supaya memberi peluang dan masa kepada pihak kerajaan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang telah membuat kenyataan rasmi untuk membuat kajian semula terhadap akta ini, menyempurnakan janjinya. Ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat terbanyak hendaklah dipelihara oleh semua pihak.
ABIM ingin terus mempertegaskan sikapnya pada sebelum ini iaitu ISA hendaklah dihapuskan kerana ia bertentangan dengan prinsip hak kemanusian dari perspektif agama Islam. Oleh itu, ISA hendaklah diganti dengan satu undang-undang baru yang lebih adil sejajar dengan tuntutan agama dan perlembagaan Malaysia.
Presiden,
Monday, July 20, 2009
APA DAH JADI SPRM?
Sukar untuk tidak menulis tentang peristiwa kematian Teoh Beng Hock, pembantu seorang Exco negeri Selangor minggu lepas. Kematian beliau yang penuh misteri dilaporkan berlaku selepas beliau dilepaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah diambil keterangan siasatan penyelewengan wang kerajaan negeri. Ini bukan sebuah kes politik. Sesiapa sahajapun boleh dipanggil memberi keterangan. Mengapa perkara ini harus terjadi?
Mengapa misteri? Misteri kerana agak sukar dipercayai maklumat awal yang mengatakan beliau membunuh diri. Agak sukar diterima telahan itu kerana beliau yang baru sahaja berusia 30 tahun, menurut keluarganya tidak mempunyai masalah besar, telah berkahwin dan hendak mendaftarkan perkahwinannya pada hari itu, isterinya pula mengandung dua bulan dan seorang yang sentiasa ceria dan mudah didampingi tiba2 hendak membunuh diri.
Tapi kenapa sampai tiba2 ada yang terbunuh. Menurut SPRM, mendiang telah dibenarkan pulang sekitar jam 3.45 pagi. Tetapi telah memilih untuk terus berada di situ dan dilihat oleh beberapa orang sekitar jam 6 pagi tidur di sofa SPRM. Banyak persoalan yang timbul ketika ini. Mengapa mendiang tidak terus pulang? Keretanya berada di tempat letak kereta di tingkat bawah. Apa yang terjadi antara jam 3.45 pagi hingga 1.30 tengah hari apabila mayatnya ditemui?
Banyak sungguh soalan yang tidak terjawab. Sungguhpun pihak polis berjanji akan menyiasat kes ini dengan setelusnya, pasti akan ada pihak yang tidak akan berpuas hati dengan hasil siasatan ini. Kini banyak pihak yang meminta ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja agar siasatan nanti boleh dilakukan dengan lebih telus.
Saya secara peribadi menyokong agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini ditubuhkan. Ini bagi mengelakkan segala tohmahan dan kecaman orang ramai tentang hasil siasatan ini nanti. Adakah akan terjawab segala persoalan? Mengapa perkara ini terjadi? Banyak sungguh soalan yang perlu ditanggung. Lebih hiba lagi di pihak keluarga mendiang. Kehilangan satu nyawa muda yang begitu berharga. Takziah kita ucapkan.
Tuesday, July 14, 2009
ABIM alu-alukan keputusan memansuhkan PPSMI

PRESIDEN
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM
Friday, July 10, 2009
PEMANSUHAN PPSMI
- ASSALAMUALAIKUM,
- Pemansuhan PPSMI yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dua hari disokong sepenuhnya oleh majoriti rakyat. Walaupun, terdapat sesetengah pihak yang menentang pemansuhan ini, fakta dan data yang dibentang menunjukkan dasar tersebut telah gagal untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
- Saya telah lama menekankan dalam mana2 perbincangan, penerangan dan diskusi bahawa cara terbaik untuk belajar sesuatu bahasa ialah dengan menguasai bahasa tersebut dengan memantapkan penggunaan tatabahasa, pertuturan dan kesusasteraannya. Contoh yang terbaik ialah dengan kita melihat para pelajar yang akan dihantar belajar oleh negara kita ke sesebuah negara yang tidak menggunakan Inggeris sebagai bahasa utama mereka seperti Peranchis, Jerman, Jepun ataupun Korea.
- Kita akan dapati sebelum mereka mendalami ilmu dalam bidang apa sekalipun, mereka diwajibkan mengikuti dan lulus kursus intensif selama 3 bulan hingga ke setahun untuk memahirkan diri mereka dalam bahasa tersebut. Bukannya dengan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa tersebut. Justeru, pengumuman TPM yang menyebut penekanan terhadap pemantapan bahasa Inggeris akan dipertingkatkan melalui beberapa kaedah tambahan amat saya alu-alukan.
- Namun terdapat satu kemusykilan tentang pengumuman pemansuhan PPSMI ini. Sewaktu PPSMI dikuatkuasakan, Kementerian Pelajaran hanya mengambil masa 6 bulan untuk ia dimulakan. Tetapi kini 2012 barulah hendak dikuatkuasakan. Sepatutnya, bermula 2010 pelajar tahun 1 dan 4 di sekolah rendah serta Tingkatan 1 dan 4 di sekolah menengah sepatutnya telah boleh bermula dengan Bahasa Melayu. Penterjemahan semula buku2 ke bahasa Melayu boleh dilakukan secara berperingkat seiring dengan proses pemantapan Bahasa Inggeris. Kenapa perlu hendak ditunggu sehingga 2012?
- Kemukakan pandangan anda agar Abim Wilayah dapat membuat satu kenyataan akhbar sesegera mungkin berkenaan hal ini.
- Zaihan Mahamud
- Kajang 7.07 am
- 11 Julai 2009
Tuesday, July 7, 2009
MOTORSIKAL TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN - BHGN2

Tuesday, June 30, 2009
MOTORSIKAL TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN - BHGN 1







Thursday, June 25, 2009
Produk Kesihatan Syarikat Hi-Bloom
Para sahabat dan rakan-rakan sekalian, saya ingin sedikit ambil kesempatan untuk mewar-warkan produk kesihatan keluaran syarikat yang sama-sama saya usahakan iaitu Hi-Bloom Worldwide Network Sdn Bhd. Sebuah syarikat 100% BUMIPUTERA ISLAM. Produk-produk bermutu seperti Natural Lingzhi, Femcare, Malecare dan Tropicocos VCO yang telah berada di pasaran antara 2 hingga 15 tahun.
Boleh lawati laman promosi bagi syarikat ini iaitu http://www.greenature.biz/Zaihan1 atau boleh terus ke laman web syarikat iaitu http://www.hi-bloom.com.
Sila hubungi ana untuk sebarang maklumat lanjut.
Zaihan Mahamud 019-3564163
Monday, June 22, 2009
JOM KE CAFE SRI AL HUDA





MUKTAMAR ABIM, WADAH DAN PPI WILAYAH PERSEKUTUAN
Wednesday, June 17, 2009
ALFATIHAH
Thursday, May 21, 2009
AlFatihah - Lagi Pilihanraya Kecil

Beliau yang memang mempunyai pelbagai penyakit yang agak menjejaskan tugas beliau selaku Adun diberitakan telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu sejak semalam. Allahyarham antara Adun PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak 1986.
Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.
Al - Fatihah.
9.45 am, 22 Mei 2009
Tuesday, May 19, 2009
SELAMAT HARI GURU
Monday, May 11, 2009
Zambry gets stay order, state in limbo
The Court of Appeal has granted a stay of execution on yesterday's High Court decision which recognised Mohammad Nizar Jamaluddin as the rightful Perak menteri besar.
- Nizar asked to vacate office.
- Appeal date not fixed.
- Nampaknya saat mungkin yang ramai lega dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya hari Selasa membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi menangguhkan keputusan yang mengesahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak.
Dengan keputusan itu, Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar. Hakim Datuk Ramly Ali yang membuat keputusan itu berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh dalam waktu terdekat bagi mendengar rayuan Dr Zambry untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
- Petikan dari Malaysiakini dan Agenda Daily
Mahkamah Tinggi isytihar Nizar Menteri Besar Perak yang sah
Sunday, May 10, 2009
PERAK OH PERAK

Thursday, April 30, 2009
Muslim Groups Upset With Religious Conversion Ruling

He told reporters that the decision made goes against Islamic laws and the constitution. “In article 12 section 4 in the constitution, the faith of a child who is not yet an adult is determined by the parents. The courts has interpreted that the parents has to right to decide regardless if they are the husband or wife,” Yusri added. Pembela believes the cabinet ruling will deny the parent who converts to Islam his or her right and responsibility over the future of the children. They feel that the decision is not fair to those who want to convert to Islam. The group also feels that the government was rushed into making a decision on the issue when it should have been conducted properly with collaboration of all parties. The group reiterated that this issue should not be sensationalized because it would not be healthy for the country.“We should address it professionally with a cool head and objectively. We have procedures and processes in place. I would like to highlight that there has been a high level discussion organized by the attorney general”.
Sumber Dipetik : http://www.themalaysianinsider.com/
LAGI MENGENAI HAK MENUKAR AGAMA KANAK-KANAK
"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu."Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga. "Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,"
Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara autoamtik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya turut serta menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.
Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah mereka mampu memberi respond dan jawapan. Wallahu'alam.
Tuesday, April 28, 2009
HAK MENUKAR AGAMA KANAK-KANAK

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa. "Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya. "Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam. "Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru," katanya.
Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
Thursday, April 16, 2009
PELBAGAI PERISTIWA

Wednesday, March 11, 2009
KENYATAAN MEDIA ABIM - PPSMI
SELESAIKAN POLEMIK PPSMI DENGAN SEGERA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik kenyataan Y.A.B Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang ingin keputusan muktamad berkenaan dengan Pembelajaran serta Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan dengan secepat mungkin.
Ini memandangkan telah banyak kajian serta perbincangan yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai keberkesanan PPSMI semenjak ia mula dilaksanakan pada tahun 2003 dahulu. Dalam hal ini, ABIM menilai bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperolehi asas yang kuat untuk membuat keputusan berkenaan dengan PPSMI dalam masa terdekat.
Merujuk kepada hujah-hujah yang dikemukakan menerusi kajian-kajian yang dilakukan serta perbincangan- perbincangan yang dilakukan di kalangan tokoh-tokoh akademik serta bahasa, ABIM merasakan amatlah wajar untuk KPM memansuhkan PPSMI samasekali, kerana ia tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif serta nyata.
ABIM juga ingin melahirkan perasaan kesalnya ke atas tindakan kasar pihak berkenaan ke atas tokoh-tokoh bahasa terutama sekali Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pada 7 Mac yang lalu, kerana ia seakan tidak menghormati kedudukan serta status mereka selaku ahli bahasa ataupun pakar dalam bidang berkenaan.
DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN
YUSRI MOHAMAD
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)